Header Ads

Cari Blog Ini

Terbaru , 10 Universiti Terbaik Malaysia 2019

Ranking Universiti merupakan penanda aras kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan tidak kira di peringkat tempatan mahupun global . Ranking universiti sentiasa menjadi rujukan para pelajar  yang ingin menyambung pengajian di peringkat tertinggi kerana ranking yang tinggi menjamin potensi yang bagus terhadap seseorang pelajar . Ranking universiti dikeluarkan oleh QS university ranking . Ranking universiti juga ditentukan oleh pelbagai faktor seperti  jumlah kajian , keboleh pasaran pelajar , kualiti tenaga pegajar dan kualiti pembelajaran.

Jadi mari kita lihat senarai 10 buah universiti terbaik di Malaysia yang dikeluarkan oleh QS untuk dijadikan panduan kepada bakal mahasiswa di luar sana

1) Universiti Malaya

Image result for universiti malaya "
Universiti Malaya merupakan universiti terulung di Malaysia dan terletak di Petaling Jaya , Selangor  Universiti ini merupakan universiti bertaraf kajian . Universiti ini juga telah melahirkan ramai tokoh tokoh tanah air , golongan elit dan profesional serta mahasiswa yang telah banyak berhkidmat kepada negara . Kelayakan untuk memasuki universiti ini agak sukar kerana pihak universiti sangat menitikberatkan keupayaan pelajar baharu untuk menjaga kualiti pendidikan universiti itu. Universiti ini menawarkan pengajian dalam pelbagai bidang dan memberi  fokus  kepada semua bidang .

2) Universiti Putra Malaysia

Image result for upm"
Universiti Putra Malaysia yang terletak di Serdang , Selangor ini dikenali sebagai universiti pertanian suatu ketika dahulu . Namun kini dijenamakan semula agar dapat memberikan fokus yang setara terhadap bidang lain dan tidak tertumpu kepada pertanian semata-mata . Universiti ini juga  merupakan salah satu dari  universiti bertaraf kajian di Malaysia yang menawarkan pelbagai kursus pengajian . UPM menduduki tangga ke-2 dalam senarai universiti terbaik di Malaysia.

3) Universiti Sains Malaysia

Image result for universiti sains malaysia"
Universiti yang terletak di Pulau Pinang ini merupakan satu-satunya universiti yang mendapat pengiktirafan sebagai universiti APEX ( Accelerated Programme For Exellence ) yang membolehkan universiti ini diberi kelebihan dari aspek kewangan untuk  meningkatlan kecemerlangan universiti .  Sama seperti universiti di atas , USM juga merupakan  salah satu universiti bertaraf kajian di negara ini . USM mempunyai fasiliti pendidikan yang terbaik terutamanya dalam bidang perubatan dan kejuruteraan .


4)Universiti Kebangsaan Malaysia

Image result for universiti kebangsaan malaysia"
Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1970 dan terletak di Bangi , Selangor . Universiti ini merupakan satu-satuya universiti di Malaysia yang memartabatkan penggunaan bahasa melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Ukm menjadi tumpuan bagi pelajar-pelajar perubatan , undang-undang dan perguruan kerana reputasi yang baik universiti ini dalam bidang-bidang tersebut.

5)Universiti Teknologi Malaysia

Image result for universiti teknologi malaysia"
UTM ditubuhkan pada tahun 1972  dan terletak di Skudai , Johor . UTM memberi penekanan kepada kursus-kursus yang melibatkan teknologi dan kejuruteraan . Sama seperti universiti-universiti di atas, UTM juga merupakan universiti bertaraf kajian dan menjadi tumpuan bagi pelajar kejuruteraan amnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

6) Universiti Teknologi Petronas

Image result for universiti petronas"
UTP merupakan salah satu Universiti termuda di Malaysia yang terletak di Seri Iskandar, Perak. Universiti ini merupakan universiti swasta yang memberi fokus kepada segmen teknologi dan kejuruteraan . Universiti ini berada di bawah naungan syarikat minyak nasional negara , Petronas . Pelajar yang menyambung pengajian di universiti ini berotensi untuk diserap terus untuk berkerja dengan petornas apabila tamat pengajian nanti .

7) Taylor's University

Image result for taylors university malaysia"
Taylor's University merupakan universiti berstatus swasta  dan terletak di Subang Jaya , Selangor . Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1969 sebagai kolej swasta pada peringkat permulaan sebelum diiktiraf sebagai universiti pada tahun 2010 . Universiti ini menawarkan pengajian dalam pelbagai bidang seperti perakaunan , pengurusan , farmasi dan lain-lain .

8) Universiti Utara Malaysia
Universiti yang terletak di Sintok , Kedah ini ditubuhkan pada 1984 . Jika UTM dan UTP memberi fokus terhadap bidang teknologi dan kejuruteraan , UUM memberikan fokus terhadap bidang perakaunan dan ekonomi dan merupakan salah satu daripada universiti terbaik di Malaysia dalm bidang kewangan.

9)Universiti Teknologi MARA

Image result for uitm"
UiTM boleh dikatakan sebagai universiti yang paling popular di Malaysia kerana ianya mempunyai kampus di seluruh pelosok negara . UiTM memberi fokus dan penekanan terhadap pembangunan dan  kecemerlangan pelajar-pelajar bumiputra di negara ini . UiTM menawarkan pelbagai bidang pengajian dan yuran yang dikenakan terhdapa pelajar juga agak  murah berbanding universiti lain ,

10) UCSI University

Image result for ucsi university"
UCSI university merupakan salah satu daripada  universiti swasta terbaik di Malaysia selepas . Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Dato' Peter Ang dan lokasinya terletak di Cheras , Kuala lumpur . Universiti ini mempunyai 13000 orang pelajar dan menawarkan pelbagai kursus seperti perubatan , kejuruteraan , farmasi dan sebagainya .






Tiada ulasan