Header Ads

Cari Blog Ini

10 Syarikat Terkaya Di Dunia 2020

Image result for apple store"

Melihat kepada tajuk di atas , anda mungkin menyangka bahwa syarikat-syarikat teknolgi seperti Apple ,Google,Facebook pasti menguasai senarai ini . Ternyata anda silap kerana syarikat-syarikat  yang tidak berkaitan dengan teknologi menggunguli carta 10 syarikat terkaya di dunia mengikut revenue atau pendapatan tahunan mereka . Berikut merupakan senarai syarikat terkaya di dunia berdasarkan pendapatan tahunan mereka .

10)  Toyota Motor ($272.6 billion)

Image result for toyota"
 Siapa tidak kenal dengan syarikat pengeluaran kereta popular dari jepun ini yang telah berjaya menembusi pasaran seluruh dunia . Mengikut data yang dikeluarkan oleh syarikat itu , mereka berjaya menjual sebanyak 10.6 juta buah kereta di seluruh dunia pada 2019 . Negara yang memiliki paling ramai pembeli kereta toyota adalah Jepun , Amerika Syarikat , China, Thailand , Canada dan Arab Saudi . Ramai juga yang tidak mengetahui bahawa jenama kereta mewah terkenal , Lexus merupakan anak syarikat milik toyota . Gabungan kedua-dua buah syarikat dalam industri automobil ini memberikan kelebihan yang besar terhadap pendapatan tahunan Toyota.

9) Volkswagen ($278.3 billion)

Image result for volkswagen"
Volskwagen juga termasuk sebagai  salah satu daripada syarikat terkaya di dunia dengan nilai pendapatan mencecah 278.3 billion pada tahun 2019 . Volkswagen menghasilkan lebih daripada 11 juta buah kenderaan setiap tahun dan antara keereta terkenal keluaran syarikat ini adalah Volkswagen Golf , GTI dan Rabbit . Jika Toyota memiliki Lexus , jangan terkejut bahwa Volkswagen merupakan pemilik jenama kereta Audi , Bentley , Bugatti ,Lamborghini dan Porsche . Kesemua jenama-jenama kereta tersebut merupakan jenama yang sangat mewah dan harga seunit boleh mencecah jutaan ringgit . Jadi tidak pelik lah jika Volkswagen berjaya menjadi syarikat automobil terkaya di dunia pada masa ini .

8)Exxon Mobil ($290.2billion)

Image result for exxon mobil"
Exxon mobil merupakan syarikat minyak dan gas dari Amerika Syarikat yang telah ditubuhkan sejak tahun 1999 lagi . Exxon mobil menggunakan teknologi dan inovasi dalam penghasilan tenaga yang cekap dan berkualiti untuk digunakan pada kenderaan . Di samping pengeluaran bahan api , exxon mobile juga terlibat dalan pembuatan barangan kimia dan barangan berkaitan petroleum. Syarikat ini  menghasilkan sebanyak 4.91 juta barrel minyak setiap hari .

7) BP ($303.7)

Image result for british petroleum"
Juga merupakan syarikat minyak dan gas , British Petroleum merupakan syarikat yang berasal dari London dan ditubuhkan pada tahun 1908. BP terlibat dalam pencarian dan penghasilan bahan api , petrokimia, power generation dan trading . Syarikat ini merupakan syarikat petroleum yang mempunyai banyak cabang perniagaan dan berjaya memperoleh nilai revenue sekitar 303.7 billion setahun . BP menghasilkan sebanyak 3.7 juta barel minyak setiap hari.

6) Saudi Aramco

Image result for saudi aramco"

Melihat kepada nama syarikatnya sahaja kita sudah tahu bahawa syarikat ini berasal dari Arab Saudi dan merupakan salah satu syarikat petroleum terbesar di timur tengah . Saudi Aramco menghasilkan 5.4 juta barel minyak setiap hari  dan mereka bergantung sepenuhnya terhadap jualan minyak dan gas . Syarikat ini mempunyai kelebihan kerana Arab Saudi merupakan sebuah negara yang kaya dengan minyak mentah dan sumber gas asli .

5)State Grid

Image result for state grid"

Jika di Malaysia ,TNB memonopoli industri elektrik,  di China , State Grid merupakan syarikat pembekal elektrik tunggal yang beroperasi di negara itu . Syarikat ini merupakan salah satu syarikat yang mempunyai pekerja teramai di dunia iaitu seramai 913,546 ribu orang pekerja . Melihat kepada populasi China yang hampir mencecah 2 billion penduduk , tidak peliklah bahawa syarikat ini mampu tersenarai sebagai salah satu syarikat terkaya di dunia kerana  perminaan terhadap bekalan elektrik di negara tersebut adalah tinggi.

4)China National Petroleum ($392.9)

Image result for china national petroleum station"
China National Petroleum merupakan syarikat minyak dan gas dari China yang ditubuhkan pada tahun 1988. Syarikat ini beribu pejabat di China dan memiliki 1.6 juta lebih pekerja . Syarikat ini menghasilkan 12.79 juta barrel minyak setiap hari.

3)Royal Dutch Shell ($398.4 billion)

Image result for royal dutch shell"
Royal Dutch Shell atau lebih dikenali sebagai Shell merupakan syarikat petroleum yang paling popular di seluruh dunia . Penaja utama pasukan formula 1 Ferrari ini berjaya menjadi syarikat petroleum terbesar di dunia dan menembusi pasaran seluruh dunia . Shell yang beribu pejabat di belanda mampu menghasilkan 3.7 barrel sehari dan mempunyai banyak cawangan stesen minyak di seluruh dunia.

2) Sinopec Group ($414.6 billion)

Image result for sinopec"
Sinopec merupakan syarikat minyak dan gas terbesar di China dengan mencatat pendapatan $414.6 billion pada tahun 2019 . Meskipun syarikat ini menghasilkan 50 ribu barrel minyak setiap hari , syarikat ini mempunya banyak stesen minyak di China dan juga mengeluarkan produk cairan berasaskan petrokimia.

1)Walmart

Image result for walmart"
Walmart merupakan syarikat peruncitan terbesar di dunia dan berasal dari Amerika Syarikat . Walaupun Walmart tidak mempunyai store di Malaysia , syarikat ini mempunyai 11,766 ribu store secara keseluruhan di seluruh dunia . Kisah kejayaan founder Walmart , Sam Walton  merupakan antara kisah kejayaan billionaire yang memberi inspirasi kepada peniaga baru di seluruh dunia.






Tiada ulasan