Header Ads

Cari Blog Ini

10 Kelab Bola Sepak Terkaya Di Dunia 2020

Image result for soccer money"

Bola sepak bukanlah sekadar sukan  , ia merupakan satu bisnes moden yang mampu menghasilkan keuntungan mencecah angka billion kepada pasukan bola sepak . Selain bola keranjang dan Formula 1 , bola sepak juga merupakan sukan yang mahal dan dan para atletnya juga menerima bayaran yang sangat tinggi. Kelab bola sepak menjana pendapatan dalam pelbagai cara seperti jualan tiket , hak penyiaran , tajaan ,lesen pasukan dan jualan cenderamata . Tiket yang di jual oleh kelab-kelab bola sepak besar adalah agak mahal namun ia tetap laris  bagai goreng pisang panas kerana populariti dan prestij yang dimiliki oleh kelab tersebut. Hak penyiaran merupakan penyumbang terbesar kepada keuntungan kelab-kelab bola sepak yang besar ini dan bayaran untuk setiap kelab bergantung kepada rating sesuatu perlawanan . Contohnya , rating untuk perlawanan derby seperti elclasico , north london derby , Manchester derby ,Liv-Mun adalah sangat tinggi dan setiap pasukan mendapat bayaran tinggi dari syarikat penyiaran . Dari segi lesen hak cipta pula , setiap pasukan akan menerima  bayaran jika ada pihak tertentu yang hendak mengguna nama mereka untuk sesuatu perkara . Contohnya , permainan video FIFA membayar lesen hak cipta terhadap kelab-kelab yang akan digunakan nama , logo dan pemainnya dalam game tersebut . Jadi di sini disertakan 10 kelab bola sepak terkaya di dunia .

10) Tottenham Hotspur ($483.5 juta)

Football, Soccer, Europe, Uefa, Champions League
Tottenham Hotspur , kelab bolasepak yang berpengkalan di utara london ini menjana keuntungan sebanyak 116.5 juta Euro dari kerjasama komersial dan penjualan barangan cenderamata . Pendapatan majoriti Spurs disumbang oleh tajaan jersey AIA dan juga hak penyiaran liga perdana inggeris yang bernilai 226.6 juta euro . Walaupun gagal mencapai sebarang piala pada musim lalu , namun pencapaian Spurs tetap memberangsangkan dengan layak ke pentas akhir liga juara-juara eropah dan menamatkan saingan liga di tempat ketiga .

9) Arsenal ($495.8 juta)

Football, International, England, Premier League, Flag

Arsenal merupakan jiran dan pesaing terbesar Tottenham Hotspur dan north london derby merupakan antara derby yang terhangat di liga perdana inggeris . Arsenal meraih pendapatan sebanyak 206.9 juta euro dari penyiaran, 111.6 juta euro dari penjualan tiket dan 120.7 juta euro dari komersial . Kerjasama antara Arsenal dan Adidas juga telah menaikkan nilai mereka sedikit sebanyak walaupun gagal melayakkan diri ke liga juara-juara musim ini.

8) Chelsea FC ( $570.9)

Football, Soccer, Europe, Uefa, Champions League

Kelab yang dikenali sebagai the blues ini mendapat keuntungan sebantaj 191.8 juta euro dari komersial , 83.4 juta euro dari penjualan tiket  dan 230.5 juta euro dari hak penyiaran . Yokohama kekal sebagai penaja utama jersi pasukan selama lima tahun dengan kontrak bernilai 500 juta euro. Chelsea berdepan dengan penggantungan dari FA England pada musim lepas dan tidak dibenarkan membuat sebarang transfer . Namun , dengan rayuan dikemukakan , mereka tetap berjaya membeli pemain kelahiran Amerika Syarikat , Christian Pulisic setelah menjual pemain bintang , Eden Hazard ke Real Madrid.

7) Liverpool ($579.9)

Football, Soccer, Europe, Uefa, Champions League
Menjadi juara liga juara-juara eropah pada tahun lepas dan menamatkan saingan liga di tempat kedua sudah cukup untuk menceritakan pendapatan  pasukan liverpool pada musim lepas . Liverpool mencatat peningkatan sebanyak 90 juta euro berbanding tahun sebelumnya  dalam pendapatan tahunan.  Liverpool berjaya memintas Chelsea dan Arsenal untuk menduduki tempat ketujuh dalam senarai kelab bola sepak terkaya di dunia pada tahun ini. Mereka mendapat 70 pound sterling daripada hadiah kemenangan liga juara-juara eropah.

6) Paris Saint-Germain  ($611.5 juta)

Football, Soccer, Europe, Uefa, Champions League
PSG dikenali sebagai pasukan yang  kaya raya kerana mampu membeli pemain-pemain hebat seperti Neymar , Mbappe , Di Maria dan Sarabia. Walaupun berada di tangga ke-6 , pasukan ini mendapat dana luar yang sangat besar kerana pemilik kelab ini merupakan billionare kaya dari Qatar . Penyumbang terbesar kepada pendapatan PSG adalah hak penyiaran serta tajaan dari Nike dan Fly Emirates .

5)  Manchester City ($641.6)

Football, Soccer, Europe, Uefa, Champions League
Manchester City mempunyai banyak persamaan dengan PSG dari segi pentadbiran dan kewangan kelab . Manchester City juga mempunyai dana luar yang besar kerana pemiliknya , Sheikh Mansur merupakan antara billionaire terkaya di UAE . Manchester city juga terkenal seperti PSG dalam memborong nama-nama besar untuk mempekuatkan pasukan . Hak penyiaran , tajaan Nike dan Etihad merupakan penyumbang utama pendapatan tahunan Manchester City .

4) Bayern Munich ($710.3)

Football, Soccer, Europe, Uefa, Champions League
Bayern Munich yang terkenal dengan slogan 'mia san mia' merupakan pasukan yang sangat bijak dalam menguruskan kewangan pasukan . Pasukan ini tidak berbelanja terlalu besar setiap musim , namun berjaya mengekalkan title liga yang membolehkan mereka mendapat keuntungan melalui kejuaraan  yang diperolehi . Bayerm juga binyak dalam urusan pembelian dan penjualan pemain di mana mereka memborong pemain dari kelab-kelab jerman dan menjualnya kepada kelab luar .

3) Manchester United ($751.8)

Football, Soccer, Europe, Uefa, Champions League
Manchester United mengekalkan status sebagai pasukan terkaya di liga perdana inggeris sejak dahulu lagi . Walaupun pencapaian pada tahun lepas kurang memberangsangkan , kekuatan fanbase  pasukan ini mengekalkan mereka dalam carta tiga kelab terkaya di dunia . Stadium Old Trafford sendiri mempunyai kapasiti 75 ribu penyokong dan stadium tersebut sentiasa penuh pada setiap perlawanan . Ini memberi keuntungan yang sangat besar dari aspek jualan tiket kepadan pasukan red devils selain keuntungan yang dijana melalui hak penyiaran dan komersiel.

2) Barcelona ($779.4 million)
Football, International, Flag, Spain, Fc Barcelona
Kelab the catalan muncul juara la liga pada musin lepas dan menamatkan saingan liga juara-juara di peringkat separuh akhir selepas disingkirkan Liverpool , Hak penyiaran menyumbang sebanyak 223juta euro manakala komersiel dan penjualan tiket masing-masing menyumbang sebanyak 322.6 juta euro dan 144.8 juta euro . Kelab bolasepak Barcelona dianggarkan bernilai 2.98 billion euro.

1) Real Madrid ($ 847.7 juta)

Football, Soccer, Europe, Uefa, Champions League
Siapa yang tak kenal dengan bekas juara liga juara-juara eropah tiga kali berturut-turut ini . Real Madrid kekal sejak dahulu lagi sebagai kelab bola sepak terkaya di dunia dengan anggaran nilai kelab 3.8 billion euro . Real Madrid menjana 315.5 juta euro dari komersial , 251.3 juta euro dari hak penyiaran dan 143.4 juta euro dari penjualan tiket . Walaupun mereka gagal memenangi apa-apa kejohanan utama pada musim lepas , penjualan bintang bola sepak   Cristiano Ronaldo ke Juventus bernilai 100 juta euro sedikit sebanyak menampung pendapatan kelab







Tiada ulasan