Header Ads

Cari Blog Ini

Tips Bergaya Bagi Lelaki 2020

Model, Businessman, Corporate, Handsome, Portrait
Menjaga penampilan luaran  bukan sahaja hal yang perlu dilakukan oleh wanita , sebaliknya lelaki juga perlu menjaga penampilan mereka dari sudut luaran dan dalaman . Terdapa segelintir lelaki di luar sana tidak mengendahkan penjagaan diri kerana malas dan rimas untuk berbuat demikian . Kekemasan diri adalah suatu perkara yang penting dan ia merupakan elemen utama yang menjadi pemangkin kepada keyakinan seseorang individu . Pengayaan yang sesuai juga amat penting bagi seseorang lelaki bagi menyerlahkan penampilan dan personaliti merekea . Terdapat banyak cara yang boleh dipraktiskan oleh kaum lelaki agar kelihatan lebih bergaya atau dengan nama lain 'hipster' .

1) Potong Rambut Hingga Kemas
Kebanyakkan perempuan pada hari ini lebih suka akan lelaki yang berambut pendek dan kemas kerana ia melambangkan nilai kelakian itu sendiri dan mereka berpendapat bahwa lelaki berambut panjang tidak menjaga kekemasan diri . Rambut adalah mahkota lelaki dan wanita , gaya rambut yang betul memainkan peranan penting yang memberi kesan besar terhadap penampilan seseorang lelaki . Pilihlah gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka anda dan untuk mendapatkan lebih panduan akan pemilihan gaya rambut , rujuk artikel ini 10 Fesyen Rambut Lelaki 2019 Mengikut Bentuk Wajah .

2) Memakai Kasut
Percaya atau tidak , psikologi manusia apabila kita berhadapan dengan seseorang , bahagian kaki merupakan perkara utama yang sering diperhatikan oleh seseorang sama ada kita  sedar atau tidak . Oleh itu , amat penting untuk seseorang memakai kasut apabila hendak keluar ke tempat-tempat yang ramai orang seperti shopping mall , majlis kenduri , majlis makan , dan lain-lain . Kasut memberi nilai tambah terhadap kekacakan seseorang lelaki berbanding pemakaian selipar . Pilihlah kasut yang sesuai dengan persekitaran ataupun suasana tempat yang hendak anda pergi . Jika hendak pergi ke shopping mall atau mana-mana tempat bersiar-siar , sneaker merupakan pilihan terbaik untuk digayakan . Untuk  lebih info berkaitan cara memilih kasut yang sesuai , boleh rujuk artikel ini Cara Memilih Kasut Yang Sesuai.

3) Pilihan Baju Yang Sesuai dan Moden
Baju merupakan elemen penting dalam pengayaan diri seseorang dan pemilihan baju yang betul perlu dibuat agar seseorang itu kelihatan bergaya . Baju perlulah dipilih mengikut bentuk dan size badan kita agar ianya tidak kelihatan pelik apabila digayakan . Bagi mereka yang berbadan kurus dan tinggi lampai , baju kemeja lengan pendek  oversized atau baju tshirt blank oversized sesuai digayakan . Bagi mereka yang berbadan kurus dan berketinggian sederhana , baju kemeja atau tshirt fit to body sesuai digayakan . Bagi mereka yang berbadan besar pula , baju yang longgar namun tidak terlalu besar serta berwarna gelap perlu dipakai bagi meperlihatkan tubuh yang kecil . Mereka yang berbad an besar juga boleh mengenakan topi baseball agar kelihatan lebih fit dan cool .

4) Skinnny Jeans
Skinny jeans merupakan trend bagi remaja dan golongan lelaki zaman kini  dan gaya skinny jeans terkenal dalam kalangan artis-artis dan selebriti korea selatan . Pemilihan skinny jeans perlu lah sepadan dengan baju yang dipakai agar mewujudkan warna pro dan kontra pada penampilan . Contohnya , jika anda ingin mengenakan blue skinny jeans , baju yang anda hendak gayakan perlulah mewarna terang dan cerah  manakala black skinny jeans pula boleh digayakan dengan apa-apa jenis warna . Kesilapan semasa menggayakan skinny jeans adalah memilih jeans yang labuh atau melebihi paras bukulali sehingga mencecah kasut . Pengayaan skinny jeans perlulah tidak melebihi buku lali dan terdapat gap di antara hujung seluar dan kasut bagi mewujudkan imej yang lebih menaarik kepada penggaya.

5) Memakai Aksesori badan
Pemakaiana aksesori badan memberi nilai tambah yang besar terhdapa penampilan seseorang individu . Pelbagai akseseori yang boleh dikenakan oleh lelaki di luar sana yang ingin kelihatan lebih bergaya  , contohnya topi , beanie , hat, gelang dan jam tangan . Bagi mereka yang mempunya imasalah rambut atau malas untuk menyikat rambut , topi atau beanie merupakan alternative terbaik bagi mengatasi masalah ini . Suatu yang menarik untuk kita ketahui bahawa pemakain jam tangan juga membuatkan seseorang itu kelihatan menarik dan menyerlahkan personaliti mereka . Oleh itu , cubalah untuk mengenekan aksesori-aksesori ini pada diri anda agar penampilan anda kelihatan lebih menarik .

Jadi di sini Flit Media berharap agar tip yang dikongsikan di atas sedikit sebanyak ampu memberi panduan kepada para jejaka di luar sana yang sedang buntu akan penggayaan diri yang sesuai . Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan teruskan bersama kami untuk artikel-artikel akan datang .



Tiada ulasan