Header Ads

Cari Blog Ini

Terlalu Cinta Pada Seseorang


Cinta merupakan suatu fitrah yang tercipta dalam sanubari kita sebagai seorang manusia terhadap seseorang yang berjaya menawan hati kita . Cinta itu lahir dari hati dan tidak dapat dielak kerana ianya merupakan fitrah dan bukannya keinginan semata-mata . Pernahkah anda jatuh cinta pada seseorang hingga ke peringkat paling dalam dan sukar untuk melupakannya ? Jika ya, jangan risau kerana hampir semua manusia pernah mengalami jatuh cinta dan perasaan ini diciptakan oleh tuhan untuk mematangkan seseorang individu dalam perhubungan dewasa. Namun cinta juga terbahagi kepada dua , ada cinta yang berjaya dan ada cinta yang tidak kesampaian dan hanya bertepuk sebelah tangan .

Cinta sebelah pihak , adilkah?
Seringkali kita mendengar perkataan crush bukan? Crush bermaksud perasaan yang disimpan oleh seseorang individu kepada insan yang disukainya . Namun , kebanyakkan crush adalah hanyalah  impian semata-mata yang dialami  oleh sebelah pihak sahaja . Ramai yang mempersoalkan keadilan dunia percintaan kerana hanya seorang sahaja yang angau jatuh cinta sedangkan seorang lagi tidak . Untuk situasi ini , sebenarnya ini mungkin petanda bahawa si dia bukanlah jodoh anda .  Jodoh adalah apabila kedua-duanya berkongsi rasa yang sama dan siap sedia untuk melangkah lebih jauh di alam percintaan dan bukan hanya seorang yang menyimpan perasaan .

Jatuh cinta kepada orang yang tidak mampu anda miliki ?
Pernahkah anda jatuh cinta terhadap seseorang yang anda tidak akan dapat miliki buat selamanya? Mungkin faktor kedudukan , latar belakang atau si dia pujaan anda telah berkhawin menjadikan pasangan idaman anda sebagai mustahil untuk dimiliki. Sebenarnya dalam hidup ini kita perlu menerima takdir bahawa tidak semua yang kita inginkan itu akan diperolehi . Percayalah bahawa jika apa yang kita inginkan itu tidak dapat , tuhan akan menggantikannya dengan apa yang sangat kita inginkan . Jika si dia idaman anda sudah berkhawin , lupakan sahaja hasrat untuk memilikinya kerana anda akan menjadi pemusnah kebahagiaan orang lain . Namun jika  si dia belum berkhawin tetapi mempunyai latar belakang yang jauh lebih tinggi tarafnya berbanding anda, usahalah untuk berjaya untuk mencapai taraf yang lebih tinggi dirinya agar  anda berpeluang memikat hatinya .  Ingat , susah untuk seseorang gadis menolak cinta anda jika anda menaiki Mercedes Benz s-class , makan di restoran Mandarin Oriental , memiliki banglo mewah di Mont Kiara dan memakai pakaian berjenama.

Berbalik pada topik utama , 'terlalu cinta pada seseorang ', pasti ramai yang melalui perkara ini pada ketika ini . Pelbagai cara telah dilakukan untuk melupakan si dia namun hati ini tetap berdegil untuk terus merindui orang yang sama . Apabila anda mencintai seseorang terlalu dalam , segala benda yang dilakukan oleh orang yang anda cintai itu akan tampak indah belaka di mata anda . Cinta itu mengaburkan segala keburukan orang yang anda cintai dan menenggelamkan anda ke dunia fantasi yang semuanya dusta . Percayalah bahawa tiada cinta seindah cinta di syurga , ketika kita masih belum memiliki seseorang yang kita cinta ,sudah pasti semuanya nampak perfect namun apabila kita telah memilikinya , hilanglah semua keindahan dan munculah serba serbi kekurangannya.


Bagaimana untuk menghadai situasi apabila cinta ditolak ?

Aapabila cinta kita ditolak oleh seseorang , usahlah bersedih kerana bunga bukan sekuntum , kumbang bukan seekor . Usahlah dikejar lagi mereka yang tidak mahukan anda , usahalah untuk pertingkatkan taraf diri anda untuk menjadi lebih baik . Seperti lirik  lagu 'who is'  dari bruno mars , 'she watched me try atleast a thousand times , if she loved me she do stop me but no..' memberitahu kita bahawa jika si dia benar-benar menyintai kita , si dia tidak akan membiarkan kita berhempas pulas merentasi halangan untuk menawan cintanya . Janganlah membuat keputusan yang mendadak apabila cinta yang diinginkan tidak kesampaian. Ingatlah bahawa si dia mungkin akan menjumpai orang baharu dalam hidup dan ibu bapa anda tidak akan menjumpai pengganti anda . Hidup di dunia ini terlalu singkat untuk tenggelam dalam perangkap fantasi cinta dan ingatlah kehidupan di syurga adalah abadi dan kekal selamanya .

Terima kasih dicapkan kepada semua yang sudi membaca coretan berkaitan cinta karangan dari flit media . Teruskan menyokong kami agar kami dapat menempah nama di persada media tanah air suatu hari nanti .

Tiada ulasan