Header Ads

Cari Blog Ini

Menara Merdeka 118 , Kedua Tertinggi di Dunia ?

Image result for menara merdeka 118
(credit : Halfen Moment)

Menara PNB 118 atau lebih dikenali sebagai menara merdeka 118 merupakan salah sebuah projek mega terbesar yang sedang dijalankan di negara ini dan bakal menjadi mercu tanda baharu negara . Ramai rakyat Malaysia yang masih belum mengetahui tentang pembinaan menara berketinggian 635 meter ini kerana kurangnya pendedahan berkaitan projek ini namun tahukah anda bahawa menara ini bakal menjadi menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa . Menara ini mempunya 118 tingkat dan fasa pembinaan pada waktu ini baru memasuki fasa 42% siap dan telah mencapai 84 tingkat .

Perancangan untuk membina menara ini telah bermula sejak tahun 2009 lagi oleh perdana menteri  ketika itu , Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum Dato Seri Najib mengambil alih tugas berkaitan perancangan pembinaan menara pencakar langit ini . Pembinaan menara ini bermula pada tahun 2016 dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2021 jika tiada halangan projek . Keunikkan tersendiri menara ini adalah rekabentuk bangunan yang  merujuk kepada imej Tunku Abdul Rahman sedang mengangkat tangan semasa pengisytiharan kemerdekaan tanah melayu pada 1957 . Lokasi menara ini  terletak berhadapan dua lagi mercu tanda negara iaitu Stadium Negara dan Stadium Merdeka . Firma arkitek dari Australia , Fender Katsalidis Architect merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam penyediaan plan dan design menara ini .

Berapakah bajet pembinaan menara warisan 118 ini ?
Kos yang dianggarkan untuk menyiapkan menara berketinggian 118 tingkat ini adalah rm 3.5 billion namun nilai ini boleh menjadi lebih tinggi kerana dalam sektor pembinaan, angka sebenar yang menentukan jumlah kos pembinaaan sesebuah projek hanya dapat diperolehi apabila projek tersebut siap . Faktor seperti  kerosakan konkrit binaan , kesilapan pekerja , kerosakan alatan binaan menyumbang kepada peningkatan kos projek.

Kontraktor utama pembinaan menara ini adalah UEM Sunrise Berhad dan Samsung C&T corporation . UEM merupakan salah satu syarikat pembinaan terbesar di Malaysia manakala Samsung mempunyai pengalaman yang luas dalam pembinaan pencakar langit termasuk pengalaman pembinaan menara tertinggi di dunia , Burj Khalifa . Beberapa syarikat consultant seperti Arup , Pentago , Fisher Marantz Stone dan lain-lain juga terlibat dalam menjayakan pembinaan menara ini .

Image result for menara merdeka 118

Lumrah pembinaan mana-mana projek mega , sudah pasti terdapat banyak konflik politik berlaku sebelum siapnya projek tersebut . Pembinaan menara warisan 118 mendapat kritikan banyak pihak dan dianggap membazir kerana negara negara sedang mengalami kejatuhan ekonomi . Namun , projek ini perlu dilihat dari sudut positif  di mana ia akan membuka mata pelabur luar untuk membuat pelaburan di negara ini . Pelabur yang hendak melabur ke sesebuah negara amat bergantung kepada analisis fundamental tentang keadaan semasa ekonomi dan politik di negara yang hendak dilabur , dan pembinaan menara merdeka ini memberi penilaian positif para pelabur yang mendorong mereka untuk melabur ke negara ini . Ini akan menyumbang kepada kenaikan indeks bursa saham negara sekaligus melonjakkan kembali ekonomi negara ke tahap yang lebih baik . Langkah pembinaan menara warisan oleh kerajaan  ini merupakan langkah yang sangat baik dalam usaha meyakinkan pelabur luar tentang keupayaan ekonomi semasa negara .

Menara merdeka 118 ini dibina oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan mereka yang meyimpan duit di dalam ASNB  boleh berbangga kerana mereka merupakan penyumbang kepada pembinaan menara ini . Pengurusi PNB , Tan Sri Dr Zeti Aziz berkata bahawa menara pembinaan menara ikonik ini bukan sahaja bertaraf dunia namun melambangkan kebudayaan dan sejarah kemerdekaaan Malaysia .

Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga dengan pembinaan menara merdeka ini kerana tidak semua negara di dunia mampu untuk membina pencakar langit sebegini . Pembinaan menara tertinggi di asia tenggara ini diharap mampu memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik .  Diharap dengan pembinaan menara ini mampu menarik lebih ramai pelancong dan pelabur luar negara ke negara ini . Seperti mana kemegahan KLCC sewaktu diawal perasmiannya dahulu , menara merdeka juga diharapkan mampu menjadi fenomena yang gah dan mampu membawa nama Malaysia ke persada dunia . Pembinaan menara ini juga diharap menjadi simbol penyatuan rakyat di negara ini dan mengetepikan hasrat dengki antara kaum bagi membolehkan kita semua bersatu dalam membawa negara untuk bergerak ke hadapan dengan lebih jauh.

Tiada ulasan