Header Ads

Cari Blog Ini

Kenapa Perempuan Minat Kereta Honda?

Red, Car, Vehicle, Glossy, Parking, Honda, Store


Seringkali kita dengar tentang kegilaan wanita-wanita di Malaysia terhadap lelaki yang memakai kereta jenama Honda . Sentimen ini merupakan realiti pada zaman sekarang di mana lelaki yang menaiki kereta honda mempunyai market value yang tinggi berbanding lelaki yang menaiki kertea jenama lain . Kenapa Honda ? Kenapa bukan BMW , Audi , Mercedes , Porsche atau bahkan Myvi yang menjadi pilihan para gadis di luar sana? Kami di Flit Media akan merungkai beberapa sebab mengapa kereta berjenama Honda dipandang tinggi oleh golongan wanita.

1) Harga Yang Mahal
Seperti yang kita semua sedia maklum , harga sebuah kereta honda rata-ratanya berada di atas Rm60k lalu tidak semua mampu untuk memiliki kereta ini . Jadi , mereka yang memiliki  kereta ini dikatakan berkemampuan dari segi kewangan atau dalam kata lain kategori orang ada-ada walaupun kereta dibeli dengan berhutang . Perempuan mana yang tidak suka lelaki kaya bukan ? Fitrah seorang wanita memang diciptakan 9 nafsu 1 akal tetapi 9 nafsu tersebut lebih menjurus kepada kebendaan dan wang ringgit . Sebab itu lah kita dapat lihat ramai wanita yang curang dengan kekasih mereka semata-mata untuk  mengejar lelaki yang berharta.

2) Kurang Pengetahuan Tentang Dunia Automotif
Jangan terkejut jika ada kaum wanita yang mengatakan bahawa kereta Honda jauh lebih baik dari kereta Audi atau Volkswagen walaupun harganya sangat jauh. Memang mentality sesetengah wanita mengatakan bahawa kereta Honda itu sebuah kereta mewah dan mahal . Namun , realitinya kereta buatan Jepun tidaklah semahal kereta buatan Jerman dan dari segi kualiti dan nilai sesebuah kereta , kereta Jerman mendahului kereta Jepun . Di Amerika Syarikat contohnya , kereta Honda dan Toyota boleh di ibaratkan seperti kereta proton saga atau bezza di negara ini yang mana ia merupakan kereta mampu milik manakala kereta-kereta jerman seperti  BMW ,Mercedes , dan Audi adalah seperti kereta honda di Malaysia dari aspek penilaian masyarakat di sana.

Kenapa perempuan suka kereta Honda dan bukannya Mercedes ,BMW atau Audi ?
Jawatan untuk statement ini , ya memang kalau diikutkan lelaki yang membawa kereta-kereta mewah seperti Mercedes , BMW dan Audi menjadi pilihan berbanding Honda . Tetapi anda boleh beritahu berapa ramaikah pemuda melayu yang memaki kereta ini ? Memang ramai pemuda melayu yang memakai kereta-kereta sebegini , namun mereka adalah hot stuff dan menjadi rebutan dari artis ,model hinggalah makcik cleaner . Persaingan yang tinggi inilah menyebabkan golongan wanita  tidak terlalu berharap untuk lelaki yang memiliki kereta-kereta mewah dari jerman ini .

Apa kaitan kereta dengan market seorang lelaki ?
Jawapannya , kereta merupakan lambang kedudukan kewangan seseorang tidak kira lelaki atau wanita . Mereka yang menaiki kereta mewah dianggap sebagai kaya dan mempunyai perkerjaan serta latar belakang yang hebat . Sehodoh mana pun seseorang lelaki , jika dia menaiki Mercedes, BMW , Audi , Porsche ,Jaguar atau apa-apa kereta mewah sekalipun , pasti dia akan kelihatan kacak dan menjadi tumpuan para gadis dari model hinggalah wanita biasa . Jarang kita dengar cerita tentang cinta lelaki yang menaiki Lamborghini di tolak atau lelaki yang memiliki Ferrari Italia Spider ditinggalkan oleh kekasih .

Kalau kereta yang sama taraf dengan Honda seperti Toyota, Mazda dan Hyundai macamana?
Jawapanya agak spesifik , sama seperti Honda , kereta-kereta seperti Toyota , Mazda dan Hyundai juga melambangkan ketebalan poket seseorang lelaki . Namun kita sedia maklum bahawa kereta-kereta tersebut tidak begitu terkenal dalam kalangan wanita berbanding Honda namun tetap disukai oleh mereka . Kereta-kereta buatan negara asia timur boleh dikatakan mempunyai banyak persamaan terutamanya dari segi harga jualan , semuanya berharga lebih dari Rm60k.

Jadi sudah terjawablah sebab mengapa kereta Honda sangat digilai oleh golongan wanita di luar sana . Jadi kepada lelaki-lelaki di luar sana yang sedang kecewa kerana ditinggalkan kekasih , berusahalah sedaya upaya untuk menjadi kaya dan apabila anda memiliki kereta mewah , usah dirisau tentang jodoh , semuanya akan hadir menawarkan diri tidak kiralah model , instafamous mahupun orang biasa . Tujuan artikel ini di tulis bukanlah berniat untuk menyakitkan hati sesiap , salam maaf dari penulis jika ada penulisan yang menyinggung hati . Terima kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ini pada kali ini.

Tiada ulasan