Header Ads

Cari Blog Ini

Cara Memilih Kasut Yang Sesuai Untuk Digayakan

Shoes, Sneakers, Feet, Boys, Sport, Outdoors, Footwear


Kasut merupakan suatu elemen pakaian yang penting dan memberi kesan besar terhadap ketrampilan diri seseorang . Pemilihan kasut yang sesuai merupakan perkara yang wajib diperhatikan bagi sesiapa sahaja yang ingin mengenakan kasut . Pemakaian kasut mestilah bersesuaian dengan suatu event atau tempat yang hendak kita kunjungi agar kita tidak kelihatan pelik . Terdapat pelbagai jenis kasut yang biasa digayakan seperti sneakers , high cut , slip on dan kasut kulit . Di sini kami sertakan beberapa tips pemilihan kasut yang sesuai untuk anda gayakan .

1) Sneakers
Sneakers merupakan jenis kasut yang paling popular dan menjadi trend bagi golongan muda masa kini di seluruh dunia . Syarikat pakaian sukan popular seperti nike, adidas dan puma lebih menitikberatkan pengeluaran sneakers berbanding pakaian sukan yang lain kerana permintaannya yang tinggi . Sneakers sesuai digayakan ketika hendak ke tempat-tempat tertentu seperti pusat membeli-belah , kelas , tempat bersiar dan lain-lain . Pemilihan sneakers juga perlu diberi perhatian agar kita kelihatan lebih bergaya apabila mengenakannya .

Sneakers yang berwarna putih kelihatan lebih stylo untuk digayakan bersama jeans yang bewarna gelap , dan baju yang terang kerana lapisan tona warna antara baju , seluar dan kasut menghasilkan penampilan yang menarik dan abstrak . Sneakers yang bewarna gelap pula sesuai untuk digayakan  dengan pelbagai jenis tona warna pakaian mengikut citarasa masing-masing . Nike Airmax , Adidas Aplhabounce , Adidas Yeezy ,Adidas Neo, Puma nxt merupakan antara sneakers yang popular pada masa ini . Sneaker terbahagi kepada beberapa jenis gred , iaitu original , coy ori , premium dan triple A . Bagi mereka mementingkan barangan original , anda perlu mengeluarkan modal melebihi Rm500 kerana kebanyakkan harga sneakers original sangat mahal kerana pengeluarannya yang terhad . Bagi mereka yang kurang berkemampuan , kualiti premium mungkin pilihan yang tepat kerana harganya yang murah dan kualitinya tetap tinggi.


2) Slip On
Sama seperti sneakers , kasut jenis slip on juga sesuai digayakan di mana-mana sahaja . Kasut jenis ini disukai oleh ramai orang kerana mudah untuk dikenakan dan tidak perlu membuang masa untuk mengikat tali kasut . Kebiasaanya kasut jenis ini mempunyai rangka yang rendah dan kelihatan seperti selipar yang tertutup . Vans merupakan jenama yang terkenal dalam pengeluaran kasut jenis ini dan harga kasut sebegini tidaklah semahal sneaker walaupun kualiti original . Dibandingkan dengan sneakers , kasut jenis ini kelihatan lebih simple dan pemakainya akan kelihatan lebih cool . Bagi golongan perempuan , kasut jenis slip on sudah tidak asing lagi dan kebanyakkan kasut yang direka khas bagi wanita adalah bercirikan slip on .

3) High Cut
Kasut jenis high cut juga tidak ketinggalan untuk menjadi pilihan bagi sesetengah mereka di luar sana . Kasut jenis hi cut mempunyai rangka yang tinggi dan menutupi paras bukulali pemakainya . Kasut jenis ini sesuai untuk diapakai oleh mereka yang memiliki badan yang besar kerana ia boleh mewujudkan imej yang menarik dan dope . Kasut jenis ini menjadi trend paras selebriti dan atlet-atlet terkenal di luar negara kerana ia kelihatan unik dan lebih menonjol .

4) Kasut Kulit
Kasut kulit dikenali sebagai kasut formal dan sering digayakan ketika ke tempat kerja atau menghadiri majlis-majlis tertentu .  Kasut kulit merupakan kasut yang dipakai bersama-sama baju kemeja, seluar slack atau suit . Jangan sesekai memakai baju kemeja ataupun suit bersama kasut lain seperti sneakers kerana ia akan membuatkan anda kelihatan sangat pelik  . Pemilihan warna kasut kulit juga memainkan peranan penting dalam menyerlahkan lagi personaliti anda dan membuatkan anda kelihatan lebih bergaya . Warna kasut mestilah samah dengan warna tali pinggang ataupun jam yang dikenakan bagi memberikan tona warna yang seimbang terhadap pemaiakan anda . Oleh itu pilihlah warna kasut yang sesuai agar anda kelihatan lebih elegent ketiga bergaya bersama kemeja mahupun suit.


Jadi setakat inilah perkongsian dari kami berkaitan tentang cara pemilihan kasut yang sesuai untuk dijadukan panduan kepada mereka di luar sana , Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan jangan lupa utnuk terus mengunjungi website kami untuk lebih informasi menarik .


Tiada ulasan