Header Ads

Cari Blog Ini

Cara Kembalikan Semangat Berkerja

Business, Hard Working, Autonomous, Desk, Laptop, Smile

Setiap orang yang berkerja pastinya pernah merasa detik di mana mereka kehilangan semangat dan motivasi untuk berkerja  terutamanya pada pertengahan bulan . Bekerja merupakan sesuatu yang memenatkan dan ianya akan menjadi lebih menjengkelkan  jika kita sentiasa lesu dan tidak bersemangat untuk meneruskan rutin perkerjaan . Pastinya pernah terdetik di hati kita untuk berhenti berkerja dan menukar kerjaya lain bukan?  Oleh itu , di sini dikongsikan beberapa cara untuk kembalikan semangat berkerja anda.

1) Rancang Kewangan

Puzzle, Money, Business, Finance, Solution, Success
Cubalah cari inisiatif untuk menggandakkan pendapatan bulanan anda agar mampu menjadi pembakar semangat kepada  anda . Memang betul duit bukanlah segalanya , tapi duit juga boleh berperanan sebagai pembakar semangat untuk membolehkan anda terus melangkah ke depan . Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menggandakan duit seperti berniaga online , membuat pelaburan saham dan emas , menyimpan dalam ASNB atau Tabung haji dan sebagainya . Masalah  yang berlaku kepada kita pada hari ini adalah tidak pandai untuk menguruskan kewangan dan menyebabkan berlakunya masalah kewangan di pertengahan bulan yang menyebabakan kita berasa 'fade up' untuk berkerja . Ada mereka yang bergaji kecil tapi mencukupi kerana bijak merancang kewangan dan ada yang bergaji besar tapi sentiasa sahaja tidak cuup duit kerana lemahnya perancangan kewangan .

2) Cintai Tempat kerja Anda

Puzzle, Money, Business, Finance, Solution, Success
Anda tidak akan keberatan untuk meninggalkan rumah setiap pagi untuk pergi berkerja jika anda mencintai suasana kerja di tempat anda . Seperti cinta terhadap manusia yang boleh dipupuk , cubalah untuk memupuk rasa cinta anda terhadap tempat kerja anda . Walaupun persekitaran kerja anda kurang menyebalahi anda dengan sikap bos  dan rakan sepejabat yang menguji kesabaran , beban kerja yang banyak , bayaran yang tidak setimpal , cubalah cari aura ataupun point yang boleh membuatkan anda menyukai suasana persekitaran tempat kerja anda.

3) Bercuti

Christmas, Happy, Woman, Lights, Joyful, Snow
Ikhtiarlah untuk mengambil sedikit masa untuk menenangkan diri anda dari kesibukan dunia perkerjaan dengan bercuti . Badan dan otak kita memerlukan rehat yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik . Jika anda terus memaksa badan  kita untuk berkerja dengan berat , besar kemungkinan kita akan menghadapi tekanan yang melampau dan menjurus ke arah kemurungan . Jadi ambilah masa untuk bercuti meluangkan masa bersama keluarga tersayang  atau ibu bapa di kampung .

4) Rewardkan Diri Anda

Signs, Green, Red, Reward, Travel
Biasakan untuk memberi reward kepada diri anda setiap bulan sebagai pernghargaan terhadap usaha dan penat lelah anda berkerja . Belilah hadiah seperti gajet , pakaian mahal , atau barang berjenama kepada diri anda setiap bulan . Jika tidak mampu , usahalah untuk memberi apa sahaja reward mengikut kemampuan kepada diri anda sebagai pemangkin semangat untuk anda berkerja . Anda juga boleh setkan target untuk dicapai untuk anda mendapatkan sesuatu yang anda inginkan . Contohnya , jika anda mahu membeli sebuah rumah , setkan target wang yang diperlukan untuk anda membayar downpayment dan berapa lamakah jangka masa untuk anda mengumpul wang tersebut .

5) Pastikan Badan Cergas

Running, Sprint, Cinder-Track, Cinderpath, Start
Salah satu faktor yang menyebabkan kita kurang bersemangat untuk berkerja adalah kerana badan yang lesu dam tidak bermaya . Badan yang lesu menyebabkan tugasan harian kita terbantuk dek kerana beratnya badan untuk bergerak . Anggaplah diri kita seperti atlet mahupun anggota tentera yang perlu berada dalam keadaan cergas sepanjang masa . Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menambah kecergasan badan seperti meminum banyak air kosong , exercise , tidur yang mencukupi , makan sayur-sayuran dan buah buahan , minum minuman isotonik atau minuman tenaga  , dapatkan vitamin kompleks dan lain-lain . Apa yang kita makan adalah penentu  kepada tahap kesihatan dan kecergasan badan kita . Anda juga boleh rujuk artikel ini  bagi mengatasi badan lesu .

6)  Cari Rakan Baik

Girls, Lesbians, Best Friends, Female, Ladies, Women
Cubalah untuk cari rakan yang sekepala dengan di tempat kerja agar anda tidak kebosanan apabila berkerja . Mencari rakan yang betul merupakan sesuatu yang sangat penting kerana rakan boleh menjadi tempat untuk anda mengadu dan meluahkan isi hati yang tersirat . Rakan yang baik pasti akan mendengar rintihan dan keluhan anda dan sentiasa menasihati anda untuk tidak berputus asa .
Mereka yang tidak reti bergaul akan menghadapi masalah besar walau di mana pun mereka berada . Oleh itu cubalah untuk cari rakan yang dapat masuk dengan perangai anda di tempat kerja agar anda tidak stress dengan bebanan kerja .

Jadi jelaslah di sini bahawa semangat untuk berkerja itu boleh dipupuk dan cubalah amalkan tips yang diberikan di atas agar anda sentiasa bersemangat untuk berkerja.

Tiada ulasan