Header Ads

Cari Blog Ini

Jika Bukan 2020 , Bila Malaysia Akan Maju?



Kuala Lumpur, Twins, Malaysia, Petronas Twin Towers

Negara maju merupakan merupakan istilah yang digunakan untuk mendefinisikan negara-negara yang menikmati tahap pembangunan yang tinggi dalam pelbagai bidang . Setakat ini sahaja hanya terdapat 25 buah negara yang betul-betul diiktiraf sebagai negara maju oleh badan-badan tertentu di seluruh dunia . Malaysia pula menyasarkan tahun 2020 sebagai tahun sasaran untuk diiktiraf sebagai negara maju , namun hasrat itu dilihat kian pudar kerana masalah politik dan ekonomi yang melanda negara. Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed suatu ketika dahulu nampaknya tidak akan tercapai dalam masa terdekat dan suatu wawasan baharu perlu diwujudkan untuk tahun-tahun akan datang .


Apakah ciri-ciri negara maju ?

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh , perlu kita ketahui bahawa untuk mencapai status negara maju memerlukan sesebuah negara itu untuk menepati beberapa ciri penting . Antaranya ;

1) Memiliki Pendapatan Perkapita (KDNK) yang tinggi
Untuk mencapai status sebagai negara maju , sesebuah negara itu perlu memimiliki pendapatan perkapita sebanyak 25,000 USD atau Rm 100,000 ringgit per tahun . KDNK yang dimiliki oleh Malaysia sekarang ini baru sahaja mencecah 9,000 USD dan belum cukup untuk memenuhi syarat negara maju dari segi pendapatan per kapita.

2) Kebergantungan terhadap ekonomi industri
Negara maju memiliki kebergantungan yang tinggi terhadap ekonomi industri dan menjadikannya sebagai sumber utama pendapatan negara berbanding sumber ekonomi asli . Negara yang bergantung kepada ekonomi sumber asli belum layak digelar negara maju dari segi ekonomi kerana negara-negara ini masih belum bersedia untuk berdiri dengan ekonomi yang stabil seandainya berlaku kehabisan sumber asli pada masa hadapan.

3) Pendapatan Negara
Pendapatan sesebuah negara menjadi tunjang kepada kestabilan ekonomi negara tersebut . Negara yang memiliki pendapatan yang tinggi mempunyai banyak kelebihan dalam aspek ekonomi dan dapat memajukan industri lain di negara tersebut . Pendapatan sesebuah negara sangat bergantung kepada populasi negara tersebut atas faktor pemasaran dan pendapatan tahunan Malaysia adalah melebihi 300 billion USD dan masih berada di katagori pertengahan dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain .

4) Taraf Pendidikan , Kesihatan dan Jangka Hayat
Negara maju memiliki sistem pendidikan yang sangat profesional dan mampu menghasilkan ramai pelajar berkemahiran tinggi yang berguna untuk proses pembangunan negara . Selain itu , negara maju juga memiliki taraf kesihatan yang sangat bagus dan menyediakan kemudahan kesihatan yang baik kepada rakyat mereka . Dari segi jangka hayat penduduk pula , negara maju memiliki rata-rata kadar umur yang panjang dibandingkan dengan negara membangun disebabkan oleh faktor kesihatan , nutrisi gaya hidup dan sebagainya. Malaysia dilihat sedang menuju ke arah ciri ini dan sistem pendidikan dan kesihatan di negara kita pada waktu ini juga semakin baik dari tahun ke tahun .

5) Kebersihan
Negara maju rata-rata mempunyai tahap kebersihan yang tinggi dengan bacaan indeks pencemaran udara yang rendah , bandar yang bersih , dan sistem pengaliran yang cekap dan bersih . Malaysia masih bergelut dengan masalah untuk mendapatkan bekalan air bersih dan masalah air yang melanda negara berlanjutan sejak dahulu lagi dan masih belum menemui noktah . Kerajaan perlu merangka suatu inisiatif baharu bagi memastikan sumber air bersih dapat dimaksimunkan dan tahap kebersihan udara juga berada di tahap yang terkawal .

Jadi ,bilakah agaknya Malaysia akan diiktiraf sebagai negara maju ?

Melihat kepada keadaan ekonomi Malaysia sekarang dengan bursa saham FBMKLCI yang sentiasa menurun semenjak pertukaran kerajaan ditambah pula dengan keadaan politik yang tidak stabil , agak sukar untuk meramalkan bila negara kita akan bergelar negara maju . Tanggungjawab kerajaan pemerintah sekaarng adalah untuk menangani segala permasalahan negara dan mencari cara untuk mememnuhi kesemua ciri negara maju yang ditetapkan . Namun , jika segalanya berjalan lancar , tahun 2030 boleh dikatakan sebagai tahun yang sesuai untuk meletakkan Malaysia sebagai negara maju kerana pada tahun tersebut , beberapa projek mega yang dijalankan di seluruh negara akan siap sepenuhnya dan mampu meningkatkan keluaran dalam kasar negara .

Akhir kata , sama-samalah kita berusaha membawa negara untuk mencapai ke arah negara maju suatu hari nanti. Untuk mencapai status negara maju , usaha ke arah itu bukan sahaja terletak di bahu kerajaan malah kita sebagai rakyat juga bertanggungjawab untuk merealisasikannya. Terima kasih diucapkan kepada pembaca di luar sana kerana sudi meluangkan amsa untuk membaca artikel ini . Jangan lupa untuk follow kami di facebook , instagram dan twitter bagi mendapatkan lebih banyak informasi menarik .




Tiada ulasan