Header Ads

Cari Blog Ini

Tak Tahu Nak Meniaga Apa ? Ini dia 10 Idea Bisnes Terbaik Buat Anda

                                           Ipad, Tablet, Technology, Touch, Computer, Screen















Pada zaman milenia ini , syarikat-syarikat perniagaan yang tumbuh di negara ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan . Budaya berniaga yang semakin diminati oleh rakyat di negara ini memberi petunjuk yang positif terhadap perkembangan ekonomi negara . Ramai daripada kita berminat untuk membuka perniagaan sendiri tetapi masih buntu memikirkan idea bisnes terbaik yang boleh digunakan untuk memulakan perniagaan . Jadi , di sini kami kongsikan 10 idea bisnes terbaik untuk dijadikan rujukan oleh anda yang mahu memulakan perniagaan.

1) E-Sport

Hasil carian imej untuk e sport

Bidang E-sport atau sukan elektronik merupakan bidang yang semakin meningkat naik dan mendapat sambutan hangat di seluruh dunia . Dijangkakan pada tahun 2025 , E-sport bakal mencapai tahap populariti optimun sekaligus membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang bijak mengambil peluang untuk menjana keuntungan . Kita boleh lihat ketika ini banyak syarikat besar telah membuat pelaburan yang besar dalam bidang E-sport kerana mereka tahu bahawa bidang ini sedang berada pada kedudukan uptrend dan menunju ke peak . Jadi anda boleh membuka perusahaan permainan video tidak kiralah sama ada pc gaming , PlayStation ataupun Xbox . 

2) Dobi Delivery
Laundry, Washing Machines, Housewife

Bagi mereka yang bekerja , kesibukan kerja menyebabkan mereka tidak  sempat untuk menguruskan  pakaian kotor . Kewujudan aplikasi delivary seperti Grab , Uber dan Foodpanda serta beberapa aplikasi lain memberi petunjuk bahawa manusia pada hari ini lebih gemar  membeli sesuatu melalui  hujung jari .  Melalui dobi delivery , pengguna hanya perlu menghubungi anda , dan anda mengambil pakaian mereka untuk dicuci di dobi dan menghantarnya kembali apabila semuanya selesai .Setakat ini , bisnes sebegini belum dibuat orang dan anda boleh memanfaatkan peluang ini untuk menjadi orang yang pertama melakukannya.

3) Blogger
Blog, Blogging, Wordpress, Write, Blogger, Web Design

Seperti yang semua sedia maklum , industri media semakin meningkat naik pada waktu ini dan jumlah pengguna internet di seluruh dunia mencecah 4.33 billion . Industri blogging boleh menjana keuntungan yang sangat lumayan melalui pelbagai program pengiklanan yang boleh diletakkan di blog . Kebijaksanaan mencari trafik menjadi penentu akan keupayaan blog anda untuk pergi lebih jauh dan menjana keuntungan lumayan . Jika anda tidak reti untuk membuat blog , belajar lah melalui google atau youtube untuk membuat blog dan menjadi blogger adalah sesuatu yang sangat bermanfaat untuk anda menjana kewangan.

4) Pakaian Trending

Fashion, Clothing, Shop, Clothes, Dress, Style, Female
Pakaian merupakan keperluan asas yang penting kepada manusia dan industri tekstil merupakan salah satu industri terbesar di dunia . Sejak dahulu lagi , cara berpakaian golongan muda sentiasa mengikut trend dan kadar perubahan semasa . Pada waktu sekarang , trend pakaian hipster menjadi pilihan golongan muda . Anda perlu mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan dengan memborong pakain-pakaian hipster untuk dipasarkan di internet atau kedai fizikal .

5) Lan Router

Computer, Lan, Network, Router, Switch, Switching, Wan

Dunia internet jalur lebar berkelajuan tinggi semakin meluas dan kini teknologi 5G telah dibangungkan . Dijangkakan bahawa lima tahun akan datang teknologi 5G akan digunakan secara meluas di Malaysia dan ini akan menambah keluasan liputan internet di negara kita . Bayangkan jika dahulu , tidak semua orang mampu memiliki televisyen dan kini semua orang mampu memilikinya . Sekarang tidak semua orang mampu memiliki jalur lebar yang pantas namun beberapa tahun akan datang mungkin semua orang mampu memilikinya dan ia adalah peluang untuk anda menjual modem wifi ataupun router di pasaran .

6) Headphone Jack Untuk Iphone

Hasil carian imej untuk headphone jack

Bermula dengan iphone 7 , apple telah mengambil keputusan untuk membuang lubang headphone pada peranti terbaru keluaran mereka . Keputusan ini dikatakan dibuat kerana apple mahu meningkatkan penjualan apple earpods keluaran mereka . Apple juga sedang menuju ke arah penciptaan peranti yang tidak menggunakan kabel untuk memudahkan pengguna. Headphone jack dijual dengan murah di Alibaba.com dan anda boleh memborongnya dan menjual di pasaran malaysia dengan harga yang tinggi .

7) Aplikasi

Social Media, Facebook, Twitter, Instagram, Icons

Tahukah anda bahawa membuat aplikasi sendiri boleh menghasilkan puluhan ribu ringgit sebulan . Aplikasi yang di daftarkan dengan google admob akan menjana kewangan melalui iklan yang di paparkan pada aplikasi berkenaan . Jika anda tidak mempunya kepakaran untuk membuat aplikasi , anda boleh mengupah pembuat aplikasi untuk menghasilkan aplikasi untuk anda dan anda boleh mendaftarkan aplikasi tersebut di atas nama anda .

8) Kedai Peralatan Haiwan Peliharaan

Cat, Pet Store, Cats, Shop, Black Cat, Mounting

Haiwan peliharaan seperti kucing , anjing , ikan  dan hamster kini semakin diminati oleh ramai orang . Kehidupan moden yang penuh dengan tekanan menyebabkan masyarakat kini mencari solusi bagi menangani tekanan yang dialami dan memelihara haiwan peliharaan merupakan salah satu darinya .Makanan kucing sahaja mampu memberi keuntungan ribuan ringgit inikan pula jika ditambah dengan peralatan lain .

9) Drone

Drone, Flying, Floating, Camera, Remote Control, Robot

Drone kini kian menjadi kegemaran anak muda untuk dijadikan sebagai hobi bagi mengisi masa lapang . Drone merupakan teknologi baru yang bakal meningkat naik dengan mendadak beberapa tahun akan datang . Pada waktu ini , drone kebiasaanya dimiliki oleh photographer dan  mereka yang berkemampuan , namun mungkin tidak lama lagi , drone akan menjadi produk mampu milik dan peluang untuk menjana keuntungan sangat besar ketika anda sudah punya brand trust pada ketika itu .

10) Grab

Hasil carian imej untuk grab


Aplikasi pengangkutan popular di negara kita ini menjadi periuk nasi baru kepada mereka yang menceburinya. Menjadi pemandu grab sepenuh masa mampu memberi keuntungan yang lumayan dan kerjanya sangat mudah . Lokasi panas seperti Kuala Lumpur , Georgetown , Johor Bharu sesuai untuk dijadikan port untuk membuat servis grab .

Setakat itu sahajalah cadangan bisnes yang kami boleh berikan kepada anda di luar sana yang berminat untuk memulakan bisnes . Nasihat dari kami , buatlah bisnes apa sekalipun , yang penting adalaha usaha dan ketekunan yang berterusan menjadi punca kejayaan bisnes tersebut . Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan jangan lupa tinggalkan maklum balas atau komen di ruangan bawah.




Tiada ulasan