Header Ads

Cari Blog Ini

Cara Mengurangkan Berat Badan

                                           Slimming, The Weight Of The, Health, Lifestyle
  



Memiliki badan yang kurus dan ideal merupakan idaman setiap orang tidak kiralah lelaki atau perempuan kesemuanya mengidamkan badan yang kurus . Bagi perempuan , tubuh badan yang kurus memberi nilai tambah terhadap kecantikan diri mereka . Namun wanita yang chubby juga mempunyai rupa yang cantik, namun untuk kesihatan , berbadan kurus adalah sebaiknya .

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menurunkan berat badan samada berbahaya atau semula jadi .  Malah ada yang sanggup menelan pil-pil yang dijual secara merata di kedai jamu dan pil-pil tersebut tidak diiktiraf oleh kementerian kesihatan Malaysia dan mengandungi bahan yang terlarang. Cara ini sangat berbahaya dan terdapat cara yang selamat yang boleh dilakukan oleh mereka di luar sana yang mempunyai berat badan berlebihan untuk tampil lebih langsing.

1) Menggunakan Fat Burner


Burn Fat, Fat Burner, Weight Loss, Reduces


Fat burner merupakan makanan nutrisi tambahan yang diambil oleh bodybuilder untuk membakar lemak dalam badan mereka . Fat burner mengandungi kandungan seperti caffeine , guarana , MaHuang , Ginseng , tongkat ali , chromium picolinate , kola dan lain-lain . Proses pembakaran lemak yang dilakukan adalah melalui pembakaran kalori yang ada di dalam badan bagi tujuan untuk meningkatkan metabolisme badan . Namun penggunaan fat burner mempunyai kesan sampingan yang tersendiri contohnya perasaan resah , insomnia,tertekan , tidak tenang , cepat marah jika diambil tanpa nasihat dari pakar . Untuk mengambil fat burner , anda memerlukan nasihat dari doktor bagi mengelakkan kesan yang tidak diingini berlaku ke atas badan anda .

2) Bersenam


People, Woman, Exercise, Fitness, Jogging, Running


Mempunyai konsep yang sama seperti fat burner ,  bersenam merupakan proses yang membantu memecahkan kalori dalam badan untuk pembakaran lemak dan penghasilan tenaga . Melalui aktiviti bersenam juga dapat mengurangkan paras gula dalam darah melalui penukaran glukosa kepada tenaga dan karbon dioksida sekaligus mengelakkan anda dari terkena diabetes. Ramai diantara kita yang bertubuh badan gempal malu untuk keluar bersenam kerana takut akan tanggapan orang luar . Sebenarnya anda tidak perlu malu atau segan untuk bersenam kerana ia merupakan habit yang sangat normal dan wajib dilakukan oleh setiap orang bagi mengekalkan kesihatan . Jika anda mempunyai keyakinan yang rendah untuk keluar bersukan di luar rumah , tidak salah untuk anda mengeluarkan modal untuk membeli peralatan senaman sendiri di rumah.


3) Mengurangkan Pengambilan Gula

Spoon, Fork, Cutlery, Icing Sugar, Silhouette, Eat


Gula merupakan salah satu daripada kandungan yang menyumbang kepada peningkatan berat badan seseorang . Malah penyakit diabetes yang dihidapi oleh mereka yang mempunyai berat badan berlebihan juga berpunca dari pengambilan gula yang berlebihan . Kajian juga menunjukkan bahawa penyakit merupakan salah satu daripada penyakit yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia pada 2019 . Makanan dan minuman manis sememangnya menyedapkan lidah namun ia tidak begitu bagus untuk kesihatan kita . Untuk menurunkan berat badan , kadar pengambilan gula mestilah dikurangkan agar kandungan gula dalam darah kita berada pada paras normal.

4) Mengambil sedikit karbohidrat dan lebih sayuran


Casserole Dish, Vegetable, Tomato, Yellow Bell Pepper

Mengambil karbohidrat seperti nasi , roti dan biskut dalam jumlah yang banyak merupakan suatu kesilapan terbesar yang dilakukan oleh mereka yang berada dalam proses diet . Hal ini kerana , karbohidrat mengandungi gula tambahan dan pengambilan karbohidrat yang disyorkan adalah sebanyak 225 g sehari yang bersamaan  dengan 900 kalori . Jumlah ini cukup untuk memenuhi keperluan tenaga harian seseorang untuk melaksanakan rutin harian .Jadi , anda tidak perlu risau kehilangan tenaga atau berbadan lesu.


5) Menjaga Timing Pemakanan

Alarm Clock, Time Of, Good Morning, Stand Up


Waktu makan sangat mempengaruhi peningkatan berat badan seseorang . Elakkan dari makan pada pukul 10 malam ke atas kerana makan sebelum tidur boleh menyebabkan badan menjadi gemuk . Hal ini kerana proses pembakaran lemak yang berlaku  ketika sedang tidur  adalah tidak optimun dan sistem badan tidak berkerja dengan baik pada waktu tersebut . Waktu makan yang sesuai seeloknya 2 jam sebelum masuk tidur bagi memberi ruang kepada sistem pencernaan badan untuk menyelsaikan proses pencernaan .

Jadi , setakat ini sahaja penulisan artikel ini pada hari ini dan terima kasih diucapkan kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ini . Jangan lupa untuk follow blog ini bagi mendapatkan lebih informasi di masa-masa akan datang.


Tiada ulasan