Header Ads

Cari Blog Ini

Berapa Gaji Seorang Arkitek di Malaysia ?


Arkitek merupakan seorang yang bertanggungjawab untuk melakar design dan reka bentuk plan sesuatu bangunan atau pencakar langit . Seseorang arkitek perlu mempunyai daya imiginasi yang sangat tinggi untuk melakar design sesebuah rekabentuk struktur . Arkitek perlu memikirkan idea yang logik untuk mereka sesuatu design dan jurutera sivil bertanggungjawab untuk merealisasikan rekabentuk yang diimpikan arkitek .

Di Malaysia , kerjaya arkitek merupakan antara kerjaya berkelas dan dipandang tinggi selain doktor , jurutera , peguam dan sebagainya . Kerja yang sukar dan tekanan yang tinggi adalah lumrah dalam bidang architecture . Di pusat pengajiam tinggi , kursus arkitek  diakui sebagai salah satu dari kursus paling sukar  di universiti . Setiap pelajar jurusan architecture perlu mempunyai kemahiran dan skill melukis yang tinggi di samping kecerdasan dalam bidang matematik . Justeru , berapakah pendapatan seorang arkitek di Malaysia ?

Menurut portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ( SPA) , gaji arkitek siswazah adalah bermula pada rm 2529 sebulan tidak termasuk elaun. Jika dicampur dengan pelbagai elaun and insetif yang diberi kerajaan, gaji arkitek di sektor awam pada peringkat permulaan mungkin boleh mencecah 3 ribu ringgit sebulan . Di sektor swasta pula , gaji arkitek bergantung kepada pengalaman kerja seseorang artitek . Arkitek yang mempunyai pengalaman kerja 8-10 tahun sudah tentu mempunyai pendapatan bulanan yang lumayan dan besar dibandingkan dengan arkitek muda. Namun beban yang digalas oleh arkitek senior sangat berat dan tekanan kerja sangat tinggi kerana perlu menyiapkan suatu kerja dalam masa tertentu dan mengikut kehendak majikan. Hal ini menyebabkan ramai arkitek lari dari bidang asal kerana tidak tahan dengan tekanan kerja yang tinggi. Namun angka ini agak jauh jika hendak dibandingkan dengan pendapatan arkitek di negara -negara maju seperti UK, Amerika Syarikat , Singapura dan sebagainya. Ini tidak hairan kerana gaji minimun mana-mana perkerjaan di Malaysia sekarang ini agak rendah dan perubahan julat gaji tidak ketara berbanding dahulu walaupun kos sara hidup telah meningkat .

Apa tugas arkitek ?

Tugas arkitek adalah mereka bentuk bangunan , kilang ,atau struktur yang dikhendaki oleh majikan , penghuni atau klien mereka dengan menggunakan ilmu seni dan matematik .  Arkitek perlu menyediakan design bangunan , plan bangunan , mengurusakan kos pembinaan dan menentukan ciri suatu bangunan yang hendak didirikan . Arkitek perlu menyiapkan plan pembinaan dalam tempoh tertentu dan perlu menyerahkan plan tersebut kepada pasukan jurutera untuk proses analisa dan kajian terperinci sebelum suatu binaan diluluskan .

Adakah arkitek dan jurutera sivil mempunyai peranan yang sama ?

Jawapanya adalah tidak kerana tugas seorang arkitek adal bermula dari penyediaan design sesebuah bangunan hinggalah penyedian plan bangunan tersebut manakala jurutera pula lebih kepada merealisasikan design tersebut . Dari segi gaji , kebiasaanya jurutera meraih gaji yang lebih berbanding dengan seorang arkitek dan ini juga bergantung kepada kepakaran ,pengalaman dan syarikat itu sendiri . Di Malaysia , persaingan kerja untuk siswazah lepasan jurusan arkitek agak tinggi kerana sektor pembinaan di Malaysia hanya tertumpu di bandar - bandar besar sahaja.

Ramai yang berminat untuk menjadi arkitek kerana terpegun melihat design bangunan-bangunan yang unik dan pencakar langit yang tinggi merentas awan . Namun realitinya tidak seindah yang digambarkan apabila arkitek terikat dengan design yang diinginkan oleh klien berdasarkan bajet tertentu dan tidak mendapat kebebasan untuk berkarya . Jika anda ingin mengetengahkan design sendiri , anda perlu menjadi arkitek bertauliah yang terkenal supaya anda mendapat kepercayaan klien untuk melakar design sendiri . Sebagai contoh Moshe Safdie , seorang arkitek kelahiran Canada yang terkenal dengan designnya sendiri dan binaannya seperti Marina Bay Singapore , Habitat 67 , dan jewel Singapore merupakan binaan-binaan yang berklas tinggi .

Justeru kepada adik-adik di luar sana yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang architecture , pastikan diri mempunnyai minat yang mendalam dalam bidang ini . Ini kerana bidang arkitek merupakan bidang yang sangat sukar dan perlu berdepan dengan cabaran yang sangat berat tdak kira semasa belajar ataupun berkerja . Terima kasih diucapkan kepada pembaca yang sudi meluangkan masa untuk membaca blog ini dan jangan lupa untuk terus mengikuti perkembangan blog ini untuk dapatkan lebih informasi menarik di masa akan datang.




Tiada ulasan