Header Ads

Cari Blog Ini

Tips Study Last Minute Bagi Pelajar










Musim peperiksanan telah tiba dan pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tidak kiralah UPSR , PT3 , SPM atau final exam di universiti semestinya berdebar menunggu  hari pertarungan itu . Pelbagai usaha dilakukan bagi mendapat keputusan yang terbaik dan cemerlang . Terdapat sebahagian pelajar yang baru sedar atau dengan kata lain baru bangun dariipada tidur apabila musim peperiksaan sudah dekat .Pelajar-pelajar ini kebanyakkan menjadi buntu dan tidak tahu di mana untuk bermula dan merasakan bahawa diri mereka sudah ketinggalan . Oleh sebab itulah kami di Pena Kilat ingin berkongsi serba sedikit tips tentang cara bagaimana untuk belajar di saat-saat akhir atau last minute study.

1) Kuasai Learning Objective


Setiap skop pembelajaran mempunyai objektif tersendiri tentang apa yang ingin dicapai dalam sukatan pembelajaran suatu topik . Jika anda telah menguasai kesemua objektif pembelajaran di suatu bab atau topik sukatan mata pelajaran , ini bermaksud bahawa anda telah memahami suatu topik tersebut . Dalam kata lain , learning objective berfungsi sebagai pengukur untuk kefahaman kita dalam topik tersebut . Kebanyakkan soalan yang ditanya perlu mengikut objektif pembelajaran tidak kiralah dalam buku teks atau lecture note. Jadi , jangan sesekali pandang rendah pada learning objective yang  terpapar di hadapan buku atau lecture notes anda ya.

2) Buat Latih Tubi

Kids, Girl, Pencil, Drawing, Notebook, Study, Friends


Latihan merupakan perkara yang paling penting dalam membantu seseorang untuk berjaya dalam apa jua bidang . Tanpa latihan , pembelajaran anda hanyalah sia-sia dan anda akan menghadapi situasi 'blur' di dalam dewan peperiksaan. Ini kerana  latihan merupakan cara kita mengaplikasikan tentang apa yang dipelajari di dalam kelas .Ilmu tanpa beramal tidak berguna dan jika kita perhatikan atlet-atlet yang hebat , mereka hanya belajar sedikit berkaitan dengan teori dan selebihnya mereka mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dalam bentuk latihan yang berterusan . Latihan yang kita lakukan akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran termasuk cabaran peperiksaan . Jadi berusahalah untuk melipatgandakan latihan  dalam menghadapi peperiksaan yang menjelang tiba kerana hanya melalui latihan berterusan mampu membiasakan anda dengan patern dan skop soalan yang ditanya di dewan peperiksaan nanti.

3) Ketahui Waktu Belajar yang Sesuai

Setiap daripada anda pasti mempunyai waktu di mana anda lebih aktif dan cergas pada waktu tersebut .Kita semua mempunyai waktu aktif berlainan samada lebih aktif pada waktu pagi , tengah hari ataupun malam hari .Semua ini bergantung pada sistem badan masing-masing. Sebagai contoh , ada mereka yang suka berjaga di malam hari hingga ke larut malam dan ada juga yang lebih suka untuk bangun di awal bagi bagi mengulang kaji pelajaran . Semua ini bergantung kepada diri anda masing-masing dan sangat penting untuk anda mengenali waktu manakah yang paling sesuai untuk anda mengulang kaji pelajaran . Memilih waktu belajar yang betul adalah sangat penting bagi memastikan anda memiliki rehat yang mencukupi dan mampu belajar dengan baik pada waktu di mana badan anda lebih aktif.

4) Jangan Bazir Masa
Clock, Alarm Clock, Watch, Time, Old, Numbers, Hours

Pelajar cemerlang sangat menghargai masa dan jarang membazirkan masa terluang untuk belajar . Pelajar yang kurang  cemerlang pula tidak kisah walaupun masa mereka berlalu kerana mereka sering meletakkan diri mereka dalam zon selesa . Mereka hanya sedar apabila musim peperiksaan menjelang tiba dan ketika itu sudah lewat untuk mereka catch up semulan silibus pelajaran lantas membuatkan mereka tertekan serta rasa ingin berputus asa . Sebab itulah penting untuk setiap pelajar sentiasa keep on track ataupun dengan kata lain sentiasa update dengan apa yang diajar oleh guru agar tidak ketinggalan dalam pelajaran sekaligus mengalami kesuntukan masa untuk belajar.

5) Doa

Malaysia, Negaraku, Merdeka, Sekolah, School, Murid


Pelajar yang cemerlang sentiasa merasakan bahawa diri mereka kurang berdoa dan mereka sentiasa mengadu kepada tuhan agar dipermudahkan segala urusan belajar . Ada sesetengah pelajar berasa malas untuk berdoa kerana kurang yakin atau merasakan bahawa doa yang dipinta tidak di dengari . Kita perlu tahu bahawa setiap doa yang kita pinta akan di dengari oleh tuhan dan tuhan tidak akan mempersiakan doa hambanya. Jika anda sudah berdoa tetapi tetap mengalami kesulitan semasa mentelaah pelajaran, kemungkinan doa anda ditangguh untuk sesuatu yang lebih baik atau doa anda tidak diterima atas sebab tertentu . Doa seorang ibu juga sangat penting kerana bagi orang islam, doa ibu tiada hijab dan sangat makbul.


6) Past Year Question

Menjawab soalan past year sangat membantu anda untuk membiasakan diri dengan patern soalan yang akan di tanya nanti . Soalan past year juga boleh diibaratkan seperti cheat code yang boleh di gunakan bagi mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan . Hal ini kerana , kebanyakkan soalan yang ditanya dalam peperiksaan adalah dikitar dari doalan tahun-tahun lepas dan kecenderungan untuk anda menjumpai soalan yang pernah dijawab adalah sangat tinggi.


Jadi , apa yang dapat disimpulkan oleh PK ialah , belajarlah bersungguh-sungguh walaupun dengan apa cara sekalipun dan diharap agar dengan tip yang diberikan di atas sedikit sebanyak mampu membantu para pelajar yamg akan menghadapi peperiksaan kelak. Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi membaca artikel ini , jangan lupa follow kami untuk terus mendapatkan info-info yang menarik dan terkini.

Tiada ulasan