Header Ads

Cari Blog Ini

Gaji Doktor di Malaysia 2019 , Lumayan atau Tidak ?



Doktor merupakan sebuah kerjaya profesional yang sangat terkenal dan dihormati oleh masyarakat di segenap dimensi dunia . Kerjaya doktor berkait rapat dengan skop tugas  daripada merawat orang sakit sehinggalah menyelamatkan nyawa seseorang . Peranan yang dimainkan oleh doktor teramatlah penting dan tugas mereka juga sangat berat kerana perlu bermain dengan nyawa manusia . Jadi , pernah atau tidak kita terfikir tentang berapakah bayaran yang diterima oleh doktor di Malaysia ? Adakah ianya lumayan dan berbaloi dibandingkankan dengan skop dan tugas seharian mereka yang berat ?

Menurut survey yang telah kami jalankan di beberapa buah website agensi kerajaan termasuk SPA , gaji pegawai perubatan fresh graduate bergred UD41 adalah bermula pada Rm 2777.98 tidak termasuk elaun . Berikut merupakan senarai elaun yang akan diterima oleh pegawai perubatan di sektor kerajaan :

Elaun Perumahan : Rm 250.00
Elaun Tetap Perkhidmatan Awam : Rm 300.00
Elaun Kritikal : Rm750.00
Elaun COLA : Rm 100.00 -Rm 300.00 (mengikut lokaliti)
Elaun On call : Rm80 (anggaran)

Jadi apabila ditambah kesemua elaun dan gaji pokok , nilai gaji seorang doktor boleh mencapai lebih dari empat ribu ringgit sebulan secara anggaran dan jika mereka rajin membuat oncall , pendapatan mereka boleh mencecah hingga lima ribu lebih sebulan . Bagi seorang fresh graduate , gaji sebesar Rm 5k di peringkat permulaan sangatlah mencukupi untuk memenuhi keperluan harian ditambah pula  dengan status sebagai orang bujang dan tidak berkeluarga . Malah , gaji doktor fresh graduate juga menyamai gaji seorang jurutera petroleum fresh graduate yang juga menerima gaji rm 4-5k di peringkat permulaan . Kenaikkan pangkat seorang doktor juga agak cepat sepertimana kenaikkan gred gaji dari UD41 ke UD44 yang hanya mengambil masa selama 2 tahun. Bagi Gred UD48 , seorang doktor boleh menerima gaji minimun sebanyak Rm 5-8 k dan boleh mencecah Rm10k sebulan.



Jika gaji doktor fresh graduate mencecah Rm 4-5k sebulan , berapakah gaji yang bakal diterima oleh sorang doktor pakar ?

Bagi doktor yang telah berstatus pakar atau specialist , pendapatan minimun mereka boleh mencecah 10k sebulan . Berdasarkan tinjauan yang kami lakukan , seorang doktor pakar bedah contohnya boleh meraih pendapatan antara Rm20-70k sebulan . Jumlah ini bersesuaian dengan skop tugas mereka yang bermain dengan nyawa seseorang . Contohnya , kesilapan kecil yang dilakukan boleh menyebabkan kehilangan nyawa seseorang dan kes tersebut akan dibawa ke mahkamah . Justeru , nilai yang dibayar ini terletak kepada skil dan kepakaran doktor tersebut menjalankan rawatan kepada pesakit mereka . Tambahan pula , untuk menjadi seorang dokor bukanlah suatu perjalanan yang mudah . Bermula dengan kecemerlangan di bangku sekolah ,  sehinggalah berjaya mencapai status doktor pakar , sudah semestinya banyak keringat dan wang ringgit dihabiskan untuk sampai ke tahap ini . Mereka yang belajar dalam bidang ini sudah semestinya tahu akan beban kerja dan kesukaran yang dihadapi dari peringkat belajar hingga di alam pekerjaan . 


Ramai doktor yang berpendapat bahawa gaji sseorang doktor di Malaysia ini masih lagi di tahap sedikit dan tidak setara dengan bebebanan kerja mereka . Bagi pendapat PK sendiri , ya , gaji doktor di Malaysia belum berada di tahap yang sepatutnya dan amat jauh untuk dibandingkan dengan negara lain seperti Singapura , UK, US , dan beberapa negara maju yang lain . Diharapkan agar pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia menilai semula nilai angka pendapatan pegawai perubatan di negara ini bagi mengelakkkan mereka berhijrah ke negara lain yang menawarkan pendapatan yang lebih tinggi . Doktor sangat berjasa kepada masyarakat dan negara justeru bayaran yang diberi ke atas mereka perlulah selari dengan kesibukan dan masa yang telah mereka korbankan demi menjalankan tugas untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Akhir kata , tujuan artikel ini ditulis adalah bertujuan untuk memberi semangat dan inspirasi kepada pelajar di luar sana yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan . Jangan takut dan jangan risau , kerana setiap perkerjaan hanyalah perantara dan yang memberi rezeki adalah tuhan yang maha esa . Terima kasih diucapkan kepada semua pembaca kerana sudi membaca artikel ini dan jangan lupa untuk meninggalkan maklum balas anda samada berkaitan blog atau artikel ini . Terima kasih .





Tiada ulasan