Header Ads

Cari Blog Ini

Forex Trading Haram atau Halal ?



Kita pasti pernah mendengar tentang forex atau dengan nama lain foreign exchange yang bermaksud pertukaran matawang asing . Pertukaran matawang dilakukan ketika sesorang mahu ke luar negara dan ingin mendapatkan duit negara tersebut . Namun berbeza dengan kes Forex Trading , ianya merupakan suatu bentuk perdagangan matawang asing yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan . Beberapa analisis seperti  teknikal dan fundamental analysis dilakukan sebagai petunjuk terhadap sebarang perubahan yang berlaku ke atas matawang samada ia naik ataupun turun . Forex trading sangat popular di luar negara namun di Malaysia ia masih tidak begitu popular seperti mana di negara barat , namun semakin diminati oleh rakyat di negara ini .

                                                        Trading, Analysis, Forex, Chart, Charts


Jadi , persoalannya adakah forex trading haram atau halal ? Kali ini kami akan berikan jawapan tersebut mengikut ulasan beberapa pakar dalam bidang kewangan islam yang lebih arif akan hukum hakam islamic finance ini.

Mengikut Dr Zaharuddin Abd Rahman , Forex Trading adalah haram hukumnya . Menurutnya forex trading mempunyai dua jenis platform iaitu fizikal dan dalam talian . Forex trading fizikal iaitu dengan cara peram duit negara asing dengan tujuan untuk mendapat keuntungan dengan menjual wang tersebut ketika matawang negara tersebut naik . Jenis forex trading yang kedua adalah melalui online platform . Melalui platform online , matawang yang dibeli akan diletakkan di dalam e-wallet yang disediakan oleh broker dan melibatkan penggunaan laverage . Laverage merupakan bentuk pinjaman yang disediakan untuk trader membuat dagangan dengan kadar tertentu . Contohnya , anda mempunyai satu ribu ringgit ,  dan anda boleh membeli matawang dengan harga sepuluh ribu ringgit . Namun , fungsi duit bukan untuk didagangkan  kerana duit adalah sebuah medium pertukaran yang digunakan bagi mendapatkan sesuatu barang . Berbeza dengan saham , saham merupakan komoditi ataupun share pemilikan sesebuah syarikat dan duit bukanlah komoditi . Jadi , forex trading hukumnya haram tidak kira melalui analisis ataupun tidak menurut perkiraan beliau.

Pendapat bertentangan dilontarkan oleh Ustaz Ahnad Dusuki bin Abdul Rani yang menyatakan bahawa forex trading adalah halal kerana mempunyai  persamaan dengan pertukaran matawang secara tradisional di luar sana . Forex trading menjadi haram apabila terdapat unsur gambling atau pun blind shot semasa melakukan trade . Mereka yang membuat trading tanpa taknikal analisis mahupun fundemental analisis  boleh ditafsirkan sebagai judi kerana membuat tindakan dengan hanya bergantung kepada nasib . Tambahnnya lagi , hukum forex juga adalah harus kerana ia merupakan pertukaran mata wang biasa namun dilakukan dalam talian dan kebanyakkan bank-bank yang ada di Malaysia juga menggunakan forex trading sebagai medium untuk meningkatkan keuntungan mereka . Namun , kita perlu faham bahawa Forex yang dibuat oleh pihak bank disertakan dengan akad dan diperhatikan oleh beberapa panel syariah yang bertugas bagi memastikan tiada unsur penangguhan berlaku .

Perbandingan pendapat pakar kewangan islam di atas mempunyai intipati tersendiri dan terpulang kepada anda untuk percaya pada hukum yang mana . Jika was-was seeloknya ditinggalkan , dan jika yakin teruskan . Bagi mereka yang sudah mendalami ilmu forex seperti teknikal dan fundamental analisis bertahun lamanya , jangan risau bahawa ilmu yang anda pelajari itu juga boleh digunakan dalam pasaran saham komoditi  mahupun stock market . Stock market hukumnya adalah harus kerana kita membeli komoditi dan para ulama membenarkan hal tersebut. Di dalam stock market juga boleh berlaku haram jika seseorang itu membuat pembelian dan penjualan saham suatu syarikat secara gambling . 

Jadi apakah status  sebenar forext halal atau haram?

Jawapan yang tepat masih belum ada dan terdapat percanggahan yang besar dalam hal ini dan hukum yang sebenar masih belum dapat ditentukan . Namun kesemuannya bergantung pada diri anda sendiri untuk membuat tindakan ini . Ingat makanan haram yang masuk kedalam tubuh membuatkan hidup anda tidak berkat dan doa sukar untuk dimakbulkan . Fikir sebelum bertindak , duit boleh dicari, dosa tidak terhapus melainkan dengan pengampunan Allah .

Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi membaca artikel ini . Maklum balas anda berkenan blog dan artikel yang dipaparkan sangat kami hargai . Jangan lupa follow blog ini untuk mendapatkan lebih informasi di masa akan datang .



Tiada ulasan