Header Ads

Cari Blog Ini

10 Negara TerkayaDi Dunia Terkini



Kekayaan sesebuah negara boleh diukur melalui keluaran dalam negeri kasa (GDP) per kapita yang dimiliki oleh negara tersebut . Umum mengetahui bahawa beberapa negara seperti UAE , Singapore , Luxembourg , Brunei dan Qatar sudah tidak asing lagi dalam senarai negara-negara yang memiliki kekayaan yang sangat tinggi. Berikut merupakan 10 negara terkaya di dunia pada waktu ini , dan kaedah penilaian bagi data ini adalah berdasarkan GDP negara tersebut dan juga nilai kuasa beli negara tersebut .

10. Hong Kong ($57,322)

Hong Kong, Skyscrapers, Night, Typhoon, Architecture

Negara bekas jajahan British ini merupakan sebuah negara kecil yang juga merupakan antara hub ekonomi dan kewangan terbesar di dunia . Hong Kong juga menduduki tangga ke-4 oleh bank dunia dalam senarai negara yang paling mudah untuk urusan bisnes. Pasaran Hong Kong terbuka untuk semua orang di seluruh dunia walaupun mereka tidak mempunyai warganegara Hong Kong.

9.  Amerika Syarikat ($64,770)

Statue Of Liberty, New York, Ny, Nyc, New York City

Negara Uncle Sam ini sudah terkenal sejak dahulu lagi sebagai negara yang kaya raya dan sangat maju dalam segala bidang . Walaupun keadaan ekonomi negara ini agak sedit menurun setiap tahun ekoran krisis hutang yang tinggi dan politik yang tidak stabil , negara ini tetap mampu mempertahankan gdp(ppp) yang tinggi di negara tersebut. Penyumbang terbesar kepada kemajuan ekonomi Amerika Syarikat adalah sektor teknologi , automotif , dan sistem demokrasi yang melindungi hak-hak usahawan dan golongan intelektual dengan baik.

8. Kuwait ($67,970)

Architecture, Sky, Tower, Television And Radio

Kuwait merupakan negara kecil tyang terletak di timur tengah berjiranan dengan Iraq dan Arab Saudi. Sektor yang menyumbang kepada ekonomi kuwait adalah tidak lain dan tidak bukan sektor minyak dan gas . Sektor Minyak dan gas menyumbang 95% kepada ekonomi kuwait dan ekonomi negara ini sangat bergantung kepada sektor minyak dan gas . Kuwait juga mempunyai hampir 10% daripada simpanan minyak mentah di seluruh dunia. Matawang negara ini juga merupakan antara matawang tertiggi di dunia sekaligus menjadikan negara ini sebagai lubuk rezeki pekerja dari seluruh pelusuk dunia.

7. United Arab Emirates ($70,262)

The Palm, Atlantis, Dubai, Hotel, Mall, Travel, Resort

Siapa tidak kenal dengan negara yang kaya raya dan suka membina pencakar langit ini. Hampir 1/3 daripada sumber kekayaan UAE datang dari sektor minyak dan gas manakala selebihnya adalah dari sektor telekomunikasi dan sektor perkhidmatan. UAE merupakan sebuah negara yang bijak menggunakan kekayaan yang mereka miliki untuk dilaburkan kepada sektor lain yang mampu menjana ekonomi negara tersebut . Identiti bandar metropolitan  Dubai yang dikaitkan dengan kemewahan dan kekayaan  berjaya meningkatkan sektor pelancongan negara timur tengah tersebut.

6.  Norway ($74,318)

Trondheim, Row Houses, Norway, Architecture, Colorful

GDP negara yang terkenal scandinavia ini meningkat 3.1% kepada $74,318 pada tahun ini. Sektor industri menjadi menyumbang terbesar kepada ekonomi negara eropah barat ini . Selain itu , sektor minyak dan gas , sumber asli dan perikanan juga menjadi penjana ekonomi Norway. Norway merupakan negara mesra pekerja yang sangat mementingkan produktiviti pekerja mereka dengan menyediakan pelbagai kelebihan seperti bayaran yang tinggi , cuti dan servis kesihatan percuma.

5. Ireland ($82,440)

Lighthouse, Sea, Water, Rock, Sky, Blue, Coast, Nature

Dengan memiliki populasi penduduk seramai 4.97 orang , negara yang berjiran dengan Britain ini mempunyai nilai GDP berjumlah $82,440 dengan peningkatan 6.1% berbanding tahun lalu. Industri tekstil , perlombongan dan pemprosesan makanan merupakan penyumbang utama terhadap kemajuan ekonomi negara pulau zamrud ini.

4. Brunei ($81,612)

Ship, Junk, Mosque, Saifuddin, Brunei

Brunei merupakan negara asia tenggara yang serumpun dengan Malaysia dan Indonesia .Negara yang mempunyai keluasan 5,762 km persegi dan bilangan penduduk yang kurang daripada lima ratus ribu orang  ini terkenal sejak dahulu lagi dengan kekayaan yang dimiliki oleh negara ini . Sultan Brunei , Sultan Hassanal Bolkiah merupakan antara individu terkaya di dunia . Penyumbang utama terhadap kekayaan Brunei adalah sektor minyak dan gas dan kebergantungan Brunei terhadap sekor minyak dan gas melebihi 90% .

3. Singapore ($98,255)

Asia, Sea Lion, Core Zone, Lion, The Business, Park

Sebuah lagi negara yang serumpun dengan kita , Singapura juga berada dalam 10 negara terkaya di dunia saat ini. Memiliki populasi lebih 5 juta penduduk , Singapura mempunyai GDP bernilai $98,255 dengan peningkatan 4.4% berbanding tahun sebelumnya. Sektor perbankan, pembuatan kapal dan elektronik menjadi penyumbang terbesar kepada kemantapan ekonomi negara kecil ini .Walaupun sektor kewangan menjadi tulang belakang ekonomi negara ini , namun sektor perkhidmatan dan pembuatan juga menjadi tunjang kepada ekonomi Singapura.

2. Luxembourg ($109,99)

Remich, Luxembourg, Summer Night, Night Photograph

Negara kecil di eropah ini mempunyai persamaan dengan Singapura di asia. Luxembourg memberi penekanan kepada sektor perbankan , industi dinamik dan besi bagi melonjak ekonomi mereka. Industri perbankan di Luxembourg berjaya mendatangkan aset bernilai $1.24 trillion kepada negara tersebut.

1.Qatar ($134,620)

Skyscrapers, Building, Architecture, City, Buildings

Qatar masih kekal sebagai negara terkaya di dunia untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini dengan mencatat nilai gdp sebesar $134,620 . Ekonomi Qatar bergantung kepada sektor minyak dan gas yang menyumbang 70% kepada ekonomi negara teluk itu . Populasi penduduk yang tidak ramai juga menjadi penyumbang kepada pemilikan nilai GDP yang tinggi bagi negara Qatar. Qatar dijangka akan terus mengekalkan kedudukan mereka sebagai negara terkaya di dunia untuk beberapa tahun mendatang.

Tiada ulasan