Header Ads

Cari Blog Ini

Cara Menghilangkan Rasa Lesu Pada Badan



Setiap dari kita pasti akan ada hari di mana badan kita berasa lesu dan tidak berupaya untuk meneruskan aktiviti harian bukan? Rasa lesu pada badan banyak menggangu aktiviti harian dan membuatkan segala perkerjaan penting tergendala . Rasa lesu pada badan  ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang berpunca dari perbuatan diri kita sendiri .

 Antara punca rasa lesu pada badan adalah tekanan , kurang tidur , kemurungan , alahan makanan dan juga masalah kesihatan .  Mereka yang tertekan dan mengalami kemurungan cenderung untuk berasa lesu sepanjang hari dan perkara ini mungkin berlarutan dalam tempoh yang lama . Mereka akan kekurangan semangat serta motivasi untuk meneruskan rutin harian . Selain itu , kekurangan tidur akibat berjaga di malam hari juga membuatkan badan kita berasa lemas dan lesu kerana tenaga yang dihasilkan  badan agak sedikit kesan dari kekurangan tidur . Makanan juga memberi kesan kepada produktiviti dan metabolisme badan . Sesetengah orang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu yang mengganggu tindak balas kimia dalam badan . Mereka yang mempunya masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi juga akan selalu menjadi lesu.

Jadi , sudah diketahui beberapa punca badan menjadi lesu dan berbalik kepada topik utama , apakah cara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan rasa lesu pada badan dan kembali cergas seperti sedia kala? Berikut merupakan cara yang boleh dilakukan untuk menhilangkan rasa lesu pada badan.

1) Minum banyak air kosong

Hasil carian imej untuk water

Air kosong merupakan elektrolit terbaik yang sangat penting dalam membantu badan kita untuk menjalani tindak balas metabolisme dalam penghasilan tenaga . Mereka yang kurang meminum air kosong cenderung untuk berasa lesu dan lemah badan . Air merupakan komponen penting dalam proses pemecahan molekul glukosa kepada karbon dioksida dan tenaga . Kekurangan air menyebabkan proses penghasilan tenaga tidak begitu optimun dan badan akan berasa lesu. Tambahan pula , cuaca di negara kita kebelakangan ini agak panas dan berjerebu .

2) Tidur Mencukupi

Imej yang berkaitan

Tidur merupakan aktiviti yang sangat penting kepada manusia kerana apabila kita tidur , sistem badan akan berada dalam keadaan rehat dan setiap organ dalaman seperti jantung , otak dan paru-paru mempunyai tenaga yang mencukupi untuk berkerja dengan lebih kuat selepas seseorang bangun daripada tidur. Kekeurangan tidur akan membuatkan sesorang itu mengantuk dan kekurangan oksigen sekaligus menyebabkan anggota badan menjadi lesu. Waktu tidur yang baik adalah 8 jam ke atas.

3) Makan Makanan Berkhasiat

Hasil carian imej untuk healthy food

Makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan perlu ditingkatkan kuantitinya dalam hidangan harian . Ini penting bagi memastikan badan mendapat bekalan vitamin dan sumber mineral yang mencukupi . Vitamin-vitamin  ini boleh didapati melalui sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika anda merupakan seorang yang tidak suka memakan sayur , anda boleh mendapatkan suplemen vitamin  yang lengkap dari farmasi . Mereka yang kekurangan vitamin penting ini cenderung untuk lemah badan dan anggota badan yang penting seperti otak tidak dapat berfungsi pada paras yang optimun.

4) Minum air berisotonik

Hasil carian imej untuk isotonic drink

Air berisotonik seperti 100 plus , Gatorade , dan 7UP membantu seseorang untuk mendapatkan kembali tenaga mereka .  Larutan isotonik membantu badan mencapai keseimbangan osmosis dan mengelakkan badan dari kekurangan air . Hal ini kerana kepekatan zat terlarut di luar dan dalam sel adalah sama . Kini , larutan isotonik juga hadir dalam bentuk gel dan sering digunakan oleh atlet ketika pertandingan kerana senang untuk diguna .

5) Bersenam

Hasil carian imej untuk exercise

Bersenam mempunyai banyak faedah kepada badan kita dan salah satu daripadanya membantu badan kita untuk sentiasa cergas. Ketika bersenam , badan kita akan menghasilkan banyak tenaga untuk memenuhi kudrat tubuh badan dalam pergerakan fizikal. Bersenam juga membantu meningkatkan sistem imnum badan dan melindungi kita dari serangan penyakit . Cukup hanya meluangkan 30 minit sehari samada melalui bersenam atau berjogging mampu untuk memenuhi keperluan senaman harian anda.

Jadi , lengkaplah lima tips yang dikongsikan oleh kami pada kali ini tentang cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa lesu pada badan . Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa anda untuk membaca artikel ini . Jangan lupa follow kami untuk terus mendapatkan berita dan informasi terkini .Terima Kasih .







Tiada ulasan