Header Ads

Cari Blog Ini

Tip Lulus @ Skor A Fizik


Assalamualaikum semua , dalam entri kali ini Pena Kilat akan memberikan cara dan tip bagaimana untuk skor dalam subjek Fizik terutamanya bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi. Seperti yang kita semua sedia maklum fizik merupakan antara killer subjek yang amat ditakuti oleh kebanyakkan pelajar sains tulen.

Jadi , berbalik kepada topik utama , macamana nak skor fizik ni ? Atau dengan lebih tepat bagaimana cara untuk dapat A untuk Fizik dalam SPM.  Sejujurnya , semasa SPM dulu ,  fizik merupakan subjek kegemaran PK berbanding subjek-subjek lain . Ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk goreng subjek sperti fizik ni :

1. Faham Teori dan Formula
Anda tidak boleh skor fizik jika anda malas memaksa otak untuk faham teori dan pengiraan yang terkandung dalam silibus . Setiap formula yang ada dalam fizik ada teori yang tersendiri . Contohnya , formula voltage , V=IR bermaksud bila arus dan rintangan  meningkat, voltan juga meningkat . Begitu juga dengan formula-formula lain , semuanya ada teori di sebaliknya.  Jadi, jika anda mampu faham formula dan teori , Fizik menjadi sangat mudah.

2.  Hafal semua formula penting
Formula adalah nyawa bagi fizik. Sangat penting untuk kita hafal formula dalam fizik , namun anda tidak perlu menghafal kesemuanya , cukuplah hafal yang penting sahaja . Cara hafal formula juga perlu menggunakan teknik "related word "  iaitu perkataan yang berkaitan dengan benda sekeliling. Contohnya ,  formula P=V/I  ( menyerupai perkataan 'pavi' or 'pavillion' ,  jadi ingat pavillion ingat formula power ) . INGAT !sangat penting untuk anda kumpul semua formula chapter by chapter dalam kertas berasingan . Benda ni nampak remeh tapi berguna bila dekat dengan tarikh peperiksaan.

3.Faham Pengiraan
Pengiraan dalam fizik biasanya  berkait dengan formula. Jadi ambilah sedikit masa untuk faham semua pengiraan dalam fizik dan perhatikan cara penggunaan formula . Untuk faham pengiraan bukanlah hanya perlukan masa seminit dua , tetapi ia mungkin makan masa berjam-jam untuk satu jenis pengiraan . Namun jangan risau , apabila anda sudah faham pengiraan tersebut ,  anda telah fahm 70% bab tersebut. Jadi , Fahamilah pengiraan dalam fizik.

4. Belajar dengan Youtube
Tidak dinafikan pada zaman moden ni Youtube boleh dikelaskan sebagai pengajar yang hebat jika betul-betul dimanfaatkan. Anda disyorkan memilih channel youtuber india dalam hal ini. Ini kerana penerangan berkaitan pengiraan fizik yang diberikan oleh youtber India adalah lebih jelas berbanding youtuber barat . Namun, ia bergantung kepada diri anda untuk memilih channel yang anda rasakan selesa untuk digunakan sebagai platform menambah ilmu.


5.Past Year
Akhir sekali ,  sesuatu yang sangat tidak boleh diabaikan dalam mana-mana peperiksaan. Kita perlu tahu bahawa setiap peperiksaan tidak kira SPM atau peperiksaaan lain , sering menggunakan soalan tahun sebelumnya. Jadi amatlah rugi jika anda tidak memanfaatkan peluang keemasan dengan menguasai soalan past year . Jika anda belajar dengan  kuat , faham kesemua teori dan tidak membuat past year , percayalah anda masih tidak bersedia untuk berada di dalam dewan peperiksaan dan perlukan masa yang lama untuk memahami soalan . Jadi kuasailah soalan past year supaya anda terbiasa dengan patern soalan yang ditanya dalam peperiksaan.

Jadi , rasanya dah panjang lebar tip yang PK berikan untuk adik-adik yang bakal menghadapi SPM. Jadi setakat ini sahaja artikel untuk kali ini , terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ini. Jangan lupa untuk subscribe blog ini ya.


Tiada ulasan