Header Ads

Cari Blog Ini

Tarikh Pelancaran PlayStation 5 di Malaysia


Imej yang berkaitan


Baru-baru ini Sony telah memberi bayangan bahawa console permainan popular keluaran mereka iaitu PlayStation 5 bakal dilancarkan tahun ini . Dalam temu ramah media yang berlangsung baru-baru ini , Mark Cerny yang juga bertindak selaku pereka konsol PlayStation  menyatakan bahwa PS5 tidak akan dilancarkan sebelum bulan April tahun 2020. Jadi , dijangka PS5 akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2020 nanti. Sudah tentu para penggemar permainan video game ini tidak sabar untuk menantikan pelancaran konsol permainan video generasi baru ini bukan?

Apa yang istimewa PS5 berbanding PS4 atau PS4 Pro?

PS5 akan hadir dengan beberapa ciri istimewa yang tidak ada pada konsol sebelumnya iaitu PS4 dan sudah tentu game-game yang ditawarkan juga menarik . PS5 dijangka akan hadir dengan beberapa ciri yang terbaru dan unik yang memberikan pengalaman bermain video game yang berbeza kepada pengguna .  Sony menyatakan bahawa PS5 akan menyokong sepenuhnya resolusi 4K untuk game-game yang boleh dimainkan di konsol tersebut. Agak-agak  nampak tak jerawat karakter game nanti tambah-tambah main FIFA or Pes , layan!

Selain itu ,  konsol PS5 juga akan menggunakan SSD yang secara tidak langsung mempercepatkan loading game . PS5 juga akan menyediakan sistem audio 3D tanpa perlu menggunakan sebarang alatan tambahan untuk menikmati ciri tersebut. Dari segi GPU ,PS5 menggunakan GPU Radeon Navi Family manakala sistem yang digunakan adalah dari kalangan AMD generasi ketiga ryzen yang hadir dengan lapan cores pada 3.2 Ghz ,dengan 7nm Zen 2 microarchitecture terbaru .  
Dari segi memori-ram , PS5 diramalkan akan hadir dengan 24 GB GDDR6 RAM +4 GB DDR4 RAM untuk sistem operasi.

Game apa yang akan dikeluarkan untuk PS5?

Antara game yang dilaporkan akan keluar pada konsol PS5 nanti adalah Nioh 2 , Avengers Project ,  Final Fantasy 7 , Beyond good and Evil event , Elder Scrolls 6 , Cyberpunk 2077, Ghost od Tsuhima , Beyond Good and Evil II , The Last of Us II dan banyak lagi game yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. Jadi , start simpan duit ya !

Bila PS5 akan dilancarkan di Malaysia ?

 Seperti kebiasaan , tarikh pelancaran PS5 di Malaysia mungkin selepas sebulan dua pelancaran di Amerika Syarikat . Jadi rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan PS5 dengan lebih awal perlu membuat pre order di laman web Sony dan berapakah anggaran harga ps5 nanti? Berdasarkan tinjauan di beberapa forum PlayStation ,  kami mendapati PS5 berkemungkinan besar dijual dengan harga  RM3k++ . Hmm koyak poket ni. 

So dengan ini dapatlah kita tahu serba sedikit tentang PS5 yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini . Jangan lupa untuk subscribe untuk informasi yang lebih banyak di masa akan datang.

Tiada ulasan