Header Ads

Cari Blog Ini

RAMALAN JUARA LIGA PERDANA INGGERIS 2019/2020

Imej yang berkaitan


Liga Perdana Inggeris ataupun lebih dikenali sebagai EPL telah memulakan kempen sesi 2019/2020 pada 10 Ogos yang lalu . Sudah tentu dengan  bermulanya EPL ini memberikan kegembiraan buat seluruh peminat bola sepak di dunia. Terdapat 18 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini . Namun , siapakah yang akan berjaya merebut gelaran tersebut ?

Berdasarkan penelitian yang telah dibuat oleh Pena Kilat berdasarkan prestasi semasa kesemua pasukan yang bertanding ,kami meramalkan beberapa pasukan akan menyinar dan berpeluang untuk menjadi juara EPL. Berikut merupakan ramalan kedudukan top 5 liga perdana inggeris musim ini.

1) Liverpool

Imej yang berkaitan

Berdasarkan prestasi cemerlang kebelakangan ini ditambah dengan kesegaran selepas mengecapi kejayaan liga juara-juara eropah , Liverpool dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai EPL tahun ini. Ramai jurulatih dan bekas pemain bola sepak juga telah memilih Liverpool sebagai juara EPL musim ini kerana kemampuan pemain yang dimiliki oleh skuad dari Marseyside itu. Liverpool mempunyai pertahanan kental , Virgil Van Dijk yang  sangat kebal dan merupakan calon utama memenangi  Ballon  d'or tahun ini. Ini ditambah dengan kehadiran pemain yang kompleks di setiap posisi pasukan itni.

2)Tottenham Hotspur

Hasil carian imej untuk tottenham hotspur











Tottenham dijangka akan menjadi pencabar utama kejuaraan EPL musim ini melihat kepada rekod yang baik semasa perlawanan  pre-season dan juga perlawanan awal minggu lalu . Ditambah pula dengan kehadiran Ndombele di bahagian tengah sudah pasti membuatkan barisan serangan  pasukan Tottenham bertambah kuat . Son , Dele Alli , Eriksen dan Harry Kane merupakan barisan serangan yang mampu mencabar kejuaraan musim ini.

3)Manchester City
Memenangi dua kejuaraan EPL berturut-turut memberikan gambaran bahawa Manchester City adalah pasukan monster dalam EPL. Namun, segalanya bergantung kepada konsentrasi pasukan dan untuk mempertahankan kejuaraan selama tiga tahun  berturut merupakan sesuatu yang sangat sukar.  Tambahan pula Man City lebih memberikan fokus untuk memenangi Liga Juara-Juara pada musim ini. Jadi , kemungkinan besar bahawa Man City akan mengurangkan fokus terhadap EPL berbanding Liga Juara -Juara.

4) Arsenal
Dengan pembelian beberapa pemain hebat seperti Nicolas Pepe , David Luiz ,Dani Ceballos dan beberapa orang lagi pemain cukup untuk menggambarkan bahawa Arsenal bersedia untuk mencabar kejuaraan pasukan hebat . Namun , dengan barisan pertahanan yang masih kurang meyakinkan , Arsenal dilihat sukar untuk berapa di kedudukan tiga teratas. Ini kerana pasukan Arsenal agak tidak konsisten dalam pertandingan EPL setiap tahun.

5) Manchester United
Dengan hanya membawa masuk pemain muda dari swensea , Daniel James , wan bissaka dan Harry maguire belum cukup untuk menjadikan Manchester United sebagai pasukan yang digeruni seperti dahulu . Manchester United tidak mempunya skuad depth yang berkemampuan untuk menghadapi musim ini. Ditambah pula dengan aksi kurang konsisten pemai seperti Martial , Rashford , Pogba dan Lingard sudah tentu membuatkan penyokong Manchester United tidak senang duduk.

Jadi , di sini kami ingin menyatakan bahawa ini semua hanyalah ramalan dan keputusan sebenar tetap bergantung kepada aliran pertandingan . Tidak mustahil jika ada pasukan kecil yang mampu mejuara EPL seperti yang dilakukan oleh Leicester pada 2015. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ini. Jangan lupa untuk tekan tombol subscribe untuk lebih informasi dari laman ini.

Tiada ulasan