Header Ads

Cari Blog Ini

Pendapatan Syahmi Sazli



Kalau anda seorang yang suka melayari youtube , pasti mengenali seorang youtuber yang berasal dari Kelantan , Syahmi Sazli . Syahmi yang terkenal dengan video drama pendek di youtube mempunyai lebih satu juta subscriber di youtube dan merupakan antara youtuber terkenal di Malaysia.

Pasti ramai pengguna internet ingin mengetahui pendapatan yang diterima oleh Syahmi Sazli melalui google adsense. Seperti yang kita tahu , youtuber popular seperti Pewdiepie ,T-series,Ninja dan lain-lain youtuber yang mempunya ramai subscriber mempunya pendapatan yang mencecah puluhan juta USD sebulan. Bagaimana dengan youtuber Malaysia seperti Syahmi Sazli?

Berdasarkan tinjauan Pena Kilat , kami mendapati pendapatan Syahmi mungkin berada pada kadar  Rm20k -RM300k sebulan . Masyuk ! dan di maklumkan bahawa nilai ini hanyalah anggaran dan nilai sebenar hanya diketahui oleh pemilik channel youtube.

(sumber : socialblade.com)



Banyak kan? minimun pun dah cecah Rm20k tapi tengok pada trafik yang masuk pada channelnya mungkin pendapatan yang di raih Syahmi jauh melebihi  jangkaan minimun . Hanya menggunakan youtube dapat raih berpuluh-puluh ribu sebulan , kalah gaji doktor . Tapi nak capai level ni bukan lah mudah , perlukan usaha yang sangat kuat .

Channel Syahmi Sazli mengalami peningkatan trafik mendadak dengan penghasilan drama spontan dengan menggunakan bakat anak-anak istimewa iaitu Asif dan Yoe sebagai pelakon utama . Aksi spontan dan lawak yang ditonjolkan oleh mereka berjaya menawan hati pengguna internet di Malaysia . Besar hikmah jika kita berbuat baik pada anak-anak istimewa ini, rezeki pun mencurah-curah.

Jadi , kesimpulan yang ingin dibuat , tujuan artikel ini ditulis bukanlah berniat untuk menjaga tepi kain orang , tetapi ia bertujuan untuk memberi dorongan kepada anak muda di luar sana tentang youtube juga boleh dijadikan lubuk rezeki. Zaman moden ni tiada alasan untuk tidak berjaya, tak semestinya kena belajar tinggi-tinggi baru boleh berjaya. Rezeki kita siapa yang tahu .

PK berharap agar lebih ramai lagi youtuber lahir di negara kita di masa-masa akan datang supaya industri media sosial dapat berkembang meluas di negara ini seperti mana yang berlaku di Amerika Syarikat pada hari ini. 

Terima kasih diucapkan kepada pengunjung blog yang sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ini. Jangan lupa untuk subsribe blog ini untuk dapatkan artikel yang lebih menarik.

Tiada ulasan