Header Ads

Cari Blog Ini

Minum redbull setiap hari , apa kesannya?



Redbull merupakan sebuah syarikat minuman bertenaga yang sangat terkenal di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Bagi sesetengah orang yang kerjannya perlu menggunakan tenaga yang banyak mungkin telah menjadi kebiasaan untuk minum redbull setiap hari atau mungkin dua tiga tin sehari. Jadi persoalan kat sini , adakah selamat untuk minum  redbull setiap hari?

pPertama sekali kita perlu tahu apa kandungan yang ada dalam setin air redbull yang kita minum.

 Jom kita lihat apa bahan yang terkandung dalam setin air redbull :

110 kalori

27 g gula
28 g karbohidrat
80 mg kafein
Vitamin B6 (250% dari cadangan keperluan harian )
Vitamin B12 (80% dari cadangan keperluan harian)
Asid Pantotenik

Berdasarkan pada kandungan kat atas ni, PK nak highlightkan tentang beberapa kandungan yang memberi kesan utama pada badan anda . Pertama sekali, kafein. Kafein ni bertindak sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat, jantung, dan pernafasan dalam badan kita. Sebab itu apabila seseorang minum kopi akan terus hilang mengantuk dan mata terus segar. Kafein meransang saraf anda untuk lebih alert dan tingkatkan degupan jantung sesorang yang menyebabkan oksigen yang dibekalkan ke otak meningkat.

Selain tu ,  kandungan gula dalam air redbull ni boleh tahan agak tinggi sebenarnya. Bukan setakat redbull tapi air bikarbonat lain pun sama gula banyak juga kan. Tapi redbull ni peratusan gula dia agak berbahaya dibandingkan dengan minuman karbonat lain , lagi-lagi redbull yang tin warna emas tu, potong kaki  la jawabnya . Gula ni bahaya kalau ambik secara berlebihan , mungkin kesan dia tak dapat dilihat sekarang ,masa depan?  Fikir-fikirkan.


Untuk bahan lain seperti vitamin b kompleks , karbohidrat kesan dia mungkin tak seperti kafein yang kita boleh nampak .Cuma vitamin B kompleks, berdasarkan apa yang PK tahu kalau kita ambil secara berlebihan mungkin menyebabkan proses metabolisme sel berlaku dengan rancak .


So , kesimpulan yang PK nak buat  dalam kes ni, adakah selamat kalau korang minum redbull dua tiga tin sehari ? Jawapannya tengok kepada situasi, kalau tahu korang dah minum banyak minuman manis haritu takyah la minum sampai dua tiga tin ,satu cukup la. Lagi satu janganlah dah minum redbull pergi minum kopi pula, mencanak la jumlah kafein dalam darah.

Oklah dah panjang lebar aku ulas pasal redbull ni aku harap pembaca dapat input yang banyak dari penulisan aku kali ni. Jangan lupa untuk tekan share dan follow blog ni untuk banyak lagi info yang menarik :) 


Tiada ulasan