Header Ads

Cari Blog Ini

Jadi dropship boleh kaya ke?





Dropship merupakan salah satu daripada cara perniagaan terbaru yang popular di zaman moden ini . Dropshippers adalah orang tengah yang menjual barang daripada supplier kepada pelanggan. Supplier adalah mereka yang memiliki stok barang dan orang yang mengepos barang pelanggan. Jadi , dropship akan ambil order dan bayaran pelanggan seterusnya dropshipper akan transfer duit tersebut kepada supplier (mengikut harga supplier).
  

   
Persoalannya di sini , boleh kaya ke jadi dropship ni? Jawapannya tidak. Agak susah  untuk menjana keuntungan yang besar menerusi dropship .  Ini kerana dropshipper perlu menjual barang dengan harga yang lebih mahal berbanding harga pasaran kerana terdapat sesetngah supplier mengambil kesempatan ke atas dropship. Contohnya jika harga sesebuah barang ialah Rm25 , supplier akan mengenakan harga lebih seperti Rm40 untuk dropshipper . Dropshippers akan menjual barang Rm 50 untuk mendapat untung dan itu tidak termasuk postage. Jadi total termasuk postage ialah Rm60 , sangat jauh berbanding dengan harga penjual lain yang menjual dengan harga lebih murah.

Jadi sudah nampak perbandingan harga jualan dropshippers dan supplier bukan? Macamana supplier boleh dapat  barang dengan harga yang murah ?  Kebiasaanya supplier akan membeli barang secara borong di tempat-tempat tertentu dan mendapat harga yang murah . Jadi lebih baik anda menjadi supplier berbanding menjadi seorang dropship walaupun perlu mengeluarkan sedikit modal.


Namun menjadi dropship juga ada keunikan yang tersendiri . Contohnya anda dapat belajar cara berniaga online dan cara untuk menarik pelanggan dengan teknik yang betul . Menjadi dropship juga membantu anda membina jenama sendiri dan bereksperimen dengan produk yang anda yakin mampu menjana keuntungan sebelum mengeluarkan modal untuk menjadi supplier. Jika anda langsung tidak mendapat pelanggan pada dua bulan pertama , segeralah berlaih ke produk lain.

Hasil carian imej untuk online shopping


Dapat disimpulkan di sini bahawa bisnes dropship boleh memberikan keuntungan kepada anda dan mampu melatih anda  untuk menguasai perniagaan online. Perlu diingatkan bahawa semua jenis perniagaan memerlukan kesabaran . Jangan putus asa jika hanya pendapat dua hingga tiga pelanggan pada bulan pertama . Berusahalah untuk kukuhkan jenama igshop , fb page atau mana-mana kedai online anda sehingga mencapai tempoh dua atau tiga tahun . Jangan buka kedai online sebulan , tak dapat sambutan terus tutup .  Coca-cola ketika dahulu hanya mampu menjual 25 botol sahaj minuman setahun dan kini berjaya jadi salah satu syarikat terbsear dunia . Permulaan sememangnya paling sukar,

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca artikel yang panjang lebar ini. Diharap dengan perkongsian ini mampu berikan manfaat kepada semua. Jangan lupa untuk follow kami untuk lebih info dari laman ini.


Tiada ulasan