Header Ads

Cari Blog Ini

Belajar Engineering Susah ?




Hai semua ! harini PK akan mengulas tentang bidang kejuruteraan sebagai panduan untuk mereka di luar sana yang bakal melanjutkan pengajian di universiti . Tengok pada tajuk mesti ramai yang tertanya-tanya adakah susah untuk belajar dalam bidang engineering ni . Jawapannya , ya bidang engineering merupakan antara bidang yang paling susah ditawarkan di universiti-universiti seluruh dunia . Untuk menggengam segulung ijazah kejuruteraan memerlukan usaha yang sangat kuat dan kecekalan yang tinggi kerana tidak semua orang mampu menerima silbuss kejuruteraan yang sangat sukar .

Secara mudahnya bidang engineering ini terbahagi kepada beberapa cabang seperti civil engineering ,chemichal engineering , mechanichal engineering  , electrical engineering dan bebrapa lagi cabang yang lain . Kesemua bidang-bidang ini mempunyai tahap kesukaran yang tersendiri dan cabang kejuruteraan elektrik diperkatakan sebagai cabang kejuruteraan yang paling susah.

Kenapa bidang kejuruteraan ini susah? Jawapannya , silibus yang ada dalam bidang kejuruteraan dipenuhi oleh subjek-subjek pengiraan yang kompleks seperti matematik dan fizik. Mereka yang kurang mahir dalam subjek pengiraan akan berdepan dengan masalah yang besar apabila mereka mengambil bidang kejuruteraan di universiti kelak . Ini bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan pelajar yang berniat menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan  , tetapi lebih kepada  memberi kesedaran supaya anda mempersiapkan diri dan mental apabila berada di bidang ini. Ini kerana subjek seperti engineering mathematics , fluid mechanics , soil mechanics boleh dikatakan berganda lebih susah berbanding subjek matematik tambahan di sekolah menengah.

Hasil carian imej untuk mathematics

Namun begitu anda tidak perlu risau kerana apa yang penting dalam hal ini adalah minat . Minat memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan apa-apa perkara yang kita lakukan . Jika anda mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kejurteraan , yakinlah bahawa anda boleh menghadapi segala silibus sukar yang ada dalam bidang ini . Usah takut untuk mengisi bidang kejuruteraan dalam permohonan UPU anda kerana hampir 90% pelajar kejuruteraan berjaya menamatkan pengajian mereka.

Bagaimana jika saya berminat untuk mengambil bidang kejuruteraan tetapi tidak minat akan subjek matematik ?

  Sebenarnya agak sukar untuk memberi jawapan akan perkara ini kerana bidang kejuruteraan dan matematik adalah ibarat isi dengan kuku , tak boleh dipisahkan. Minat boleh dipupuk , jika tidak minat akan subjek matematik cuba untuk mencintai subjek tersebut lama kelamaan iannya akan menjadi subjek kegemaran . Boleh dapatkan tips bagaimana  untuk menguasai subjek matematik di sini .

Selain itu , tahap kesukaran bidang kejuruteraan berbeza dari setiap universiti  bergantung kepada silibus yang diguna pakai oleh universiti tersebut . Contohnya tahap kesukaran bidang kejuruteraan di University Of Stratford berbeza dengan tahap kesukaran di Universiti yang lebih rendah rankingnya . Namun tidak kiralah susah atau senang tahao pembelajaran dalam bidang ini , mereka yang berusaha bersungguh-sungguh pasti berjaya dan mereka yang malas akan gagal.

Jadi jelaslah di sini bahawa bidang kejuruteraan secara realitinya memang agak sukar tetapi kesukaran ini akan menjadi lebih mudah jika sesorang itu berusaha dengan gigih. Jadi kepada adik-adik di luar sana dinasihatkan untuk bersedia dari segala aspek jika berniat untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di universiti kelak.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikel di alaman web Pena Kilat pada kali ini . Jangan lupa subscribe kami dan like serta follow facebook dan instagram Pena Kilat untuk lebih informasi di masa-masa akan datang.






Tiada ulasan