Header Ads

Cari Blog Ini

10 Fesyen Rambut Lelaki 2019 dan Kesesuaian Mengikut Bentuk Wajah




Rambut lelaki boleh menjadi penentu kepada tahap kehenseman sesorang lelaki tersebut. Sebahagian lelaki mementingkan gaya rambut dalam penampilan mereka berbanding dengan penjagaan lain seperti wajah dan kulit muka . Trend rambut juga sentiasa berubah-rubah dari dahulu hingga sekarang mengikut waktu . Jika dahulu terkenal dengan gaya rambut punk dan ekor cicak , kini gaya pampodour lebih terkenal dan digayakan oleh ramai selebriti dan atlet terkenal seperti Cristiano Ronaldo . Jadi mari kita lihat senarai fesyen rambut yang terkenal pada tahun 2019 ini untuk dijadikan rujukan, baru tak terpinga-pinga kat barbershop nanti kan?
1) Curly Hair Taper Fade

  Hasil carian imej untuk curly hair taper fade
Gaya rambut ini terkenal dalam kalangan lelaki-lelaki di barat yang rata-rata mempunya rambut sedikit kerinting . Gaya rambut sebegini kelihatan sedikit messy namun sangat style apabila digayakan. Contoh mereka yang mempunyai fesyen rambut sebeigini ialah Daniel James , pemain pasukan Manchester United.Mereka yang mempunyai wajah cekung dan bulat sesuai untuk menggayakan gaya ini.


2) Fade Cut and Front Spike
Hasil carian imej untuk fade cut spike front

Gaya rambut ini merupakan trademark kepada penyanyi terkenal , Zayn Malik suatu ketika dahulu . Dengan potongan nipis di bahagian tepi dan potongan spike di bahagian hadapan memberikan penampilan yang mempersonakan bagi sesiapa sahaja yang menggayakan fesyen rambut jenis ini. Namungaya ini tidak sesuai untuk digayakan oleh semua orang. Mereka yang mempunyai size dahi yang kecil sahaja sesuai untuk menggayakan fesyen front spike ini.


3)Pompadour Fade

Hasil carian imej untuk hair style front guy

Gaya potongan Pampodour masih kekal sebagai gaya rambut yang popular untuk digayakan tahun 2019 ini . Kebanyakkan lelaki memilih untuk menggayakan rambut ini kerana mudah untuk digayakan , hanya perlu menyisir rambut bermula dari bahagian hadapan ke bahagian belakang kepala. Semua jenis bentuk muka sesuai untuk menggayakan fesyen rambut ini.

4) Short Textured

Imej yang berkaitan

Bagi mereka yang sukan akan fesyen rambut pendek , gaya rambut short textured sangat sesuai untuk digayakan . Ini kerana gaya rambut sebegini agak simple dan menarik selain tidak serabut kerana rambut  yang panjang . Gaya rambut sebegini menutup line tepi dan membawa rambut ke bahagian hadapan kepala . Gaya rambut sebegini sesuai untuk mereka yang mempunya wajah bujur atau bulat bagi menambah dimensi wajah.

5) Men Bun
Hasil carian imej untuk men bun

Gaya rambut jenis ini agak kurang terkenal di negara kita , namun di negara barat , gaya rambut jenis ini sangat popular . Mereka yang menggayakan rambut sebegini dilihat seksi dan gagah dari aspek penampilan . Bintang bola sepak dunia , Zlatan Ibrahimovic sering menggayakan rambut sebegini menjadikannya kelihatan agak unik di atas padang . Mereka yang berleher panjang , dan berwajah bujur sesuai untuk menggayakan gaya rambut ini,

6) Sharp haircut

Hasil carian imej untuk sharp haircut
Gaya rambut ini agak simple dan sangat kemas serta mudah digayakan . Mereka yang terikat akan peraturan seperti pegawai beruniform disyorkan untuk menggayakan rambut dengan gaya sebegini . Selain kelihatan kemas , gaya rambut sebegini memberikan keselesaan kerana rambut yang pendek. Gaya rambut ini sesuai digayakan oleh semua jenis bentuk wajah.

7) Light Fade and Wavy Texture

Imej yang berkaitan


Gaya rambut sebegini mempunyai persamaan dengan gaya rambut front spike , namun lebih wavy dan messy . Gaya rambut sebegini sesuai untuk mereka yang mempunya rambut yang tebal dan lebat . Semua jenis wajah sesuai untuk menggayakan rambut ini.

8) Slicked Back Undercut

Hasil carian imej untuk slicked back undercut

Gaya rambut slicked back undercut ini merupakan salah satu gaya rambut yang popular dalam kalangan kaum lelaki . Mungkin kerana senang untuk digayakan , ramai lelaki memilih untuk menggaykan fesyen rambut ini di samping  kelihatan segak dan menawan . Fesyen rambut  ini sesuai untuk digayakan oleh semua jenis bentuk wajah.

9) Long Haircut

Hasil carian imej untuk men's long haircuts 2019

Long haircut kurang terkenal di negara kita namun fesyen rambut ini tetap menjadi trend untuk tahun 2019 ini kerana penampilanya yang kelihatan seksi. Namun , rambut sebegini memerlukan penjagaan yang rapi agar tidak kelihatan serabut dan kusut . Mereka yang mempunya wajah berbentuk diamond atau bujur sesuai untuk menggayakan rambut jenis ini.

10) Heavy Angular Fringe
Hasil carian imej untuk heavy angular fringe

Gaya rambut ini menutupi dahi dan memerlukan rambut yang panjang untuk digayakan . Artis lelaki korea sering menggayakan rambut jenis ini dan kesesuaian gaya rambut ini bergantung kepada bentuk wajah . Mereka yang mempunya kulit yang cerah dan berwajah cengkung sesuai untuk menggayakan gaya rambut ini.


Jadi lengkapkah sudah senarai 10 Fesyen rambut yang terkenal pada tahun 2019 ini . Diharap ini mampu menjadi rujukan khususnya bagi mereka di luar sana yang mahu menukar gaya rambut sekarang . Beritahu sahaja kepada barber anda nama fesyen rambut yanh anda mahu , mereka akan lakukan dengan baik. Terima kasih PK ucapkan kepada anda yang sudi membaca artikel ini. Jangan lupa share ya!



Tiada ulasan